Ceritera rehal dan keris

1
331

Oleh ARRAZAQ NAZRI

SHAH ALAM – Apabila replika rehal diturunkan dari bumbung bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) beberapa bulan lalu, banyak pihak terutama warganet yang melontarkan pelbagai pandangan dan tidak kurang kecaman.

Ini menyebabkan pihak yang berkait terpaksa menjelaskan punca replika rehal yang menjadi tempat letak Al-Quran tersebut terpaksa diturunkan.

Menyedari realiti yang ada iaitu struktur yang menyangga rehal tersebut sudah uzur dan berkemungkinan besar akan menyebabkan replika tersebut jatuh ke bumi. Maka kisah yang heboh itu akhirnya menjadi reda, seolah-olah ia direstui.

Namun begitu selepas beberapa bulan, warga masyarakat kembali heboh dan kecoh apabila tindakan dilakukan untuk memindahkan tugu replika keris di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), sekali gus meresahkan banyak pihak.

Tindakan itu turut dibidas oleh bekas presiden UIAM, Datuk Seri Utama Rais Yatim yang mempersoalkan perlukah presiden universiti tersebut, Mohd. Abu Bakar mengalihkannya daripada pintu masuk utama kampus di Gombak, Selangor.

Tugu replika keris itu katanya akan dipindahkan ke lokasi baharu berdekatan Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar. Manakala, tempatnya akan digantikan dengan struktur replika rehal yang diharapkan bukanlah rehal DBP.

Sebenarnya kekecohan dan kekalutan tidak sepatutnya berlaku sekiranya keputusan dibuat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang berkaitan.

Tindakan yang dibuat ketika meningkatkan tahap kesangsian dalam kalangan masyarakat negara dewasa ini akan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk meskipun niat sebenar mungkin betul. Tidak dinafikan akan ada pihak yang akan sentiasa cuba menangguk di air keruh.

Sebenarnya jika diamati tindakan meminda tugu keris di UIAM hanyalah tindakan biasa dalam konteks pembangunan setempat kecuali terdapat bukti jelas tindakan itu merupakan muslihat kelompok tertentu.

Barangkali replika rehal yang menggantikan struktur keris mungkin nampak lebih Islamik dan biarpun ironinya seolah-olah rehal DBP yang dikecohkan sebelum ini kini beralih ke Gombak pula. Biar apa pun yang dilakukan, usah lagi ada kontroversi.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Takda ISU. yang lebih berMARUAH untuk kita perdebat dan perbahas secara akademik ke?

    Apa solusi untuk fenomena basikal lajak yang men demam i para remaja dan kanak2 seawal usia 4 tahun?

    Apa penyelesaian untuk sekolah tahfiz tanpa lesen yang tumbuh sesuka hati bagi merealisasikan hasrat para human being yang hanya tahu berKongK*k dan beranak, kemudian anak seawal usia 7 tahun dihumban keluar dari rumah?

    KESIMPULAN:
    Utamakan yang Priority… Prioritize yang UTAMA😍😉✔😁✌💪👍

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here