FOTO: Stu biri-biri yang dihasilkan daripada resipi purba beribu tahun / Yale Babylonian Collection.

Oleh FETTY RARA

RESIPI makanan purba diukir pada batu yang ditemui dalam beberapa ekskavasi tapak sejarah didapati lebih merupakan catatan tentang bahan-bahan yang diperlukan daripada sebuah resipi. Ini menyulitkan kajian untuk merungkaikan cara sebenar untuk memasak kerana penulis resipi berkenaan telah meninggal dunia sejak lebih 4,000 tahun dahulu.

Walau bagaimanapun, pengkaji yang arif tentang sejarah kulinari, kimia makanan dan cunieform (tulisan tamadun Babylon) telah bekerjasama dengan pihak pengurus Koleksi Babylon di Yale University, Amerika Syarikat untuk memahaminya dengan lebih mendalam.

Rahsianya agak sama dengan cara menggubah semula sesebuah irama atau lagu di mana hanya satu note mampu menyerlahkan susunan muzik, jelas  Gojko Marjamovic di Muzium Sejarah Semula Jadi Yale Peabody, lapor bbc.com

Barjamovic yang merupakan pakar kajian sejarah Assyria di University Harvard adalah peneraju projek untuk menghidupkan resipi-resipi purba itu.

Tumpuan mereka ialah tiga resipi batu yang berusia sejak 1730 Masihi, sementara yang keempat berusia lebih 1,000 tahun selepas itu.

Kesemua resipi batu itu berasal dari wilayah Mesopotamia, iaitu wilayah purba Babylon dan Assyria yang hari ini merupakan beberapa bahagian negara Syria dan Turki.

Hanya satu daripada resipi batu berkenaan  didapati masih lengkap, justeru membolehkan pengkaji mentafsirkan 25 resipi untuk membuat sup.

Cabaran yang mereka hadapi seterusnya ialah bagaimana untuk memasak berpandukan resipi-resipi itu tanpa berganjak jauh daripada ketulenan.

Kajian ke atas cara memasak berpandukan resipi purba itu mendapati beberapa resipi mungkin tidak lagi boleh diguna pakai sekarang dalam masyarakat Yahudi dan Islam kerana adunan termasuk memerlukan penggunaan darah yang dilarang mengikut tuntutan agama masing-masing.

Apa pun, kejayaan diperoleh oleh pengkaji bagi memanfaatkan chef zaman sekarang dalam usaha mengembalikan ketulenan masakan wilayah-wilayah asal.

Penemuan baharu ini bakal merubah barisan hidangan yang sejak beberapa tahun ini lebih merupakan masakan ‘fusion’ yang menggabungkan pelbagai resipi hingga hilang identiti yang diwariskan sejak berzaman.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here