BERITA baik penggemar kulit ayam! Rangkaian restoran makanan segera popular Kentucky Fried Chicken (KFC) Singapura bakal lancar snek kulit ayam goreng mulai hari ini.

Menu dikenali sebagai Kulit Ayam KFC itu ditawarkan untuk tempoh terhad dan dijual pada harga S$3.50 (RM10.65) namun ia hanya dijual di 20 cawangan di seluruh republik itu.

Justeru, besar kemungkinan pelanggan tegar akan terpaksa beratur ambil masa dengan lebih lama untuk membeli hidangan ‘panas’ berkenaan, lapor media tempatan semalam, lapor CNA.

Menurut wakil KFC Singapura, saiz hidangan yang dijual lebih besar berbanding ditawarkan di Indonesia, negara pertama jual snek tersebut sejak Mei lalu pada harga 13,400 rupiah (RM3.95).

Tawaran terbaharu KFC itu pastinya cetus cabaran bagi mereka yang ingin menurunkan berat tubuh badan. Namun jangan bimbang kerana selepas makan boleh sahaja lebihkan bersenam.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here