Oleh FETTY RARA

MAJLIS Ulama Jawa Timur, Indonesia (MUI) menasihatkan semua umat Islam di Indonesia supaya tidak mengucapkan salam kepada kaum beragama lain menggunakan ucapan selain ‘assalamualaikum’.

Dalam surat bertarikh 8 November, Pengerusi MUI Abdusshomad Buchori mencadangkan supaya orang Islam, terutama pemimpin kerajaan hanya mengucapkan salam cara Islam.

Menurut akhbar Jakarta Post beliau berkata memadai dengan hanya mengucapkan assalamualaikum kerana dengan cara itu mereka akan dapat mengelak melakukan syubhat.

Sejak sekian lama pegawai kerajaan di Indonesia sering kali memulakan ucapan mereka dengan pelbagai ucapan salam yang digunakan agama lain, termasuk assalamualaikum untuk umat Islam, shalom untuk Kristian, om swastiastu bagi yang beragama Hindu dan namo buddhaya untuk yang beragama Buddha.

Abdusshomad berkata ucapan salam menggunakan amalan agama tertentu sebenarnya merupakan doa untuk agama-agama berkenaan.

Menurut beliau lagi pada waktu dahulu ucapan salam kepada kaum daripada agama lain tidak dilakukan kerana ia dianggap bid’ah.

Amalan tersebut menurut beliau merupakan fenomena zaman sekarang.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here