FOTO: Ecig Click/Creative Commons.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) berpendapat Vitamin E asetat mungkin punca ‘wabak’ kecederaan dan kematian berkaitan tabiat menghisap vape yang menggugat negara itu sejak beberapa bulan yang lalu.

Menurut akhbar The Washington Post, penyelidik mendapati bahawa Vitamin E asetat, sejenis minyak daripada vitamin tersebut dikesan dalam 29 sampel cecair yang diambil daripada seramai 2,000 orang yang mengidap pelbagai masalah berkaitan vape.

Punca masalah berhubung menghispa vape tertumpu kepada bahan itu kerana dalam kajian menyeluruh yang dilakukan dimakmal mereka tidak mengesan bahan-bahan toksin lain dalam cecair berkenaan.

Sehingga kini sekurang-kurangnya 39 orang dilaporkan maut.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here