Ganjaran lumayan jika berbakat dalam solek menyolek

0
297
ALHA Alfa (tiga dari kiri) bersama rakan kerja yang bakal menjayakan program Malaysia Top Mua.
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

SUKA bersolek atau gemar menyolek orang, jangan dipersiakan bakat itu. Ada ganjaran besar kalau anda menyertai program realiti Malaysia Top Mua yang bakal diterbitkan oleh Alha Alfa Rich Legacy.

Malaysia Top Mua adalah program yang dihasilkan untuk menghargai bakat-bakat jurusolek tempatan yang semakin ramai pada ketika ini.
 Sebagai orang yang terlibat dalam bidang tersebut, Datuk Alha Alfa atau nama sebenarnya Abdul Al Halim Mohd. Al Fadzil amat memahami segala cabaran yang dilalui oleh jurusolek.
“Sekarang ini profesion sebagai mekap artis atau jurusolek bukan sesuatu yang janggal di mata masyarakat tempatan atau dunia. Kita lihat kanak-kanak pun ada yang sudah pandai bersolek dan hasil kerja mereka tidak mengecewakan.
“Bagaimanapun program Malaysia Top Mua ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun saja. Apa yang saya nampak pada usia 35 tahun ini mereka belum cukup senior dalam profesion tersebut. Kalau lebih daripada itu mereka sudah ada platform sendiri.
“Saya tak nak bila mekap artis senior sertai dan bila tak menang orang akan nampak mereka tak bagus. Nanti orang kata pula, dah lama dalam industri tapi hasil tak seberapa. Biarlah yang otai ini berada di satu tahap yang orang akan ingat sampai bila-bila. Tak perlu bertanding untuk menunjuk kehebatan,” jelasnya bila ditanya tentang usia dan pengalaman untuk menyertai program tersebut.

Ujarnya, penyertaan dibuka untuk beberapa ratus orang dan pihaknya akan memilih 30 orang saja untuk disenarai pendek sebelum dipilih sebagai peserta program Malaysia Top Mua.
Katanya, mulai 13 November 2019, mereka yang berminat untuk menyertai program yang bakal menjalani penggambaran di Bali dan Yogjakarta untuk episod enam dan tujuh itu boleh membuat rakaman video solekan untuk dinilai.
“Hanya lapan peserta dipilih untuk sertai program ini. Pemilihan peserta berdasarkan beberapa peringkat. Bermula dengan penghantaran penyertaan video mekap selama satu minit dengan menggunakan produk Alha Alfa iaitu Set Borderless. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 Disember depan.
“Keseluruhan lapan episod yang akan disiarkan akan diadili oleh juri yang dipilih dalam setiap episod. Program ini berkonsepkan tugasan mengikut tema yang akan diberikan kepada setiap peserta dan setiap episod akan ada penyingkiran,” jelasnya tetang konsep program tersebut.
Tambahnya, program tersebut bertujuan mencari mekap artis yang versatil kerana setiap minggu akan diberikan tema berbeza untuk melihat kreativiti peserta melakukan tugasan yang diberi.
Setakat ini katanya, pemenang pertama akan menerima wang tunai RM25,000, tempat kedua RM15,000 dan RM10,000 untuk ketiga. Program ini akan mula bersiaran pada setiap Sabtu, 15 Februari 2020 di Astro Ria.
-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here