Hanafiah calon pertama Malaysia rebut Exco FISU

0
593
HANAFIAH Ayub (kanan) antara pemimpin BFM yang mengilhamkan pembinaan stadium khas besbol pertama negara di UPM, Serdang.
Oleh KAKI BANGKU

 

MALAYSIA mencipta sejarah di arena pentadbiran sukan antarabangsa apabila buat kali pertamanya mempunyai calon yang bertanding bagi kerusi Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU).

Sejarah itu pasti lebih besar dan manis sekiranya calon berkenaan, Dr. Hanafiah Ayub memenangi satu daripada 15 kekosongan jawatan Exco FISU dalam mesyuarat pemilihannya bagi penggal 2019-2023 di Turin, Itali dari Sabtu hingga Ahad ini.

Beliau yang juga Ketua Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkap Timbalan Presiden Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) akan mewakili negara dalam pemilihan yang disertai 46 negara ahli gabungan FISU itu.

Antara negara berkenaan ialah China, Jepun, Korea Selatan, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Libya, Poland dan Sepanyol.

Anak jati Muar, Johor berusia 47 tahun ini juga kini merupakan Ahli Exco Persekutuan Sukan Universiti Asia (AUSF) dan menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Teknikalnya.

Selain itu Hanafiah menjadi Ahli Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) yang turut bergabung dengan FISU, AUSF dan Majlis Sukan Universiti Asia.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here