Kucing pintar sentiasa pandai buka pintu bebaskan diri dan kucing lain

0
242
FOTO: Instagram/Quilty.

Oleh FETTY RARA

SEEKOR kucing yang sentiasa berjaya melepaskan diri dan kawan-kawannya dari sebuah pusat perlindungan haiwan di Houston, Amerika Syarikat kini muncul sebagai sensasi Internet baharu.

Kucing bernama Quilty itu ditempatkan dalam sangkar pengasingan bersendirian setelah kerap didapati menarik selak pintu sangkar dan seterusnya membuka pintu sangkar-sangkar lain bagi melepaskan kucing-kucing lain, lapor CNN.

Rakaman video di pusat tersebut menunjukkan bagaimana Quilty yang berusia 6 tahun itu mampu menarik selak pintu sangkar beberapa kali.

Susulan video yang tular itu pusat perlindungan haiwan berkenaan telah menerima banyak permintaan untuk mengambil dan membela Quilty sebagai anggota keluarga mereka.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here