Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SEWAKTU sesi keterangan siasatan pemecatan terhadap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam, diplomat William Taylor telah mengemukakan maklumat terbaharu yang boleh diguna bagi mengukuhkan kes berhubung cubaan Trump memaksa presiden Ukraine melancarkan siasatan ke atas bekas Naib Presiden AS, Joe Biden.

Taylor yang merupakan diplomat paling kanan di Ukraine memberitahu Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan AS bahawa seorang staf kedutaan pernah mendengar perbualan telefon di antara Trump dan Duta AS ke Kesatuan Eropah, Gordon Sondland pada Julai lalu.

WILLIAM Taylor

Menurut laporan The New York Times, staf berkenaan dikatakan telah mendengar Trump bertanya Sondland tentang ‘penyiasatan’ tersebut dan Sondland berkata bahawa “pihak Ukraine bersedia untuk mengambil langkah-langkah perlu.”

Selepas itu staf tersebut bertanyakan kepada Sondland apa pandangan Trump tentang Ukraine, dan Sondland menjawab bahawa Trump lebih sibuk tentang siasatan ke atas Biden.

Pada sesi itu, timbalan penolong setiausaha di Jabatan Negara Aemrika Syarikat, George Kent, turut muncul memberi keterangan.

Berita lanjut menyusul.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here