FOTO: Creative Commons.

Oleh AZIZ AHMAD SHARIFF

 

DIMENSI teknologi ‘kecerdasan buatan’ (AI) semakin maju dari sehari ke sehari.

Dengan anjakkan paradigma ke arah dimensi yang membolehkan robot berfikir seperti manusia dan mencipta pelbagai teknologi lain dan juga hasil kreatif seni, maka timbul persoalan sama ada apa yang dihasilkan itu boleh mendapat perlindungan hak cipta sebagai harta intelek.

Di Malaysia walaupun teknologi AI masih berada di peringkat ‘nascent’ atau awal, namun kerajaan perlu bertindak dari sekarang awal untuk memikirkan tentang perkara ini supaya apabila impak penuhnya teknologi AI, terutama versi baharu ‘Strong AI’ merubah landskap kreativiti dan mencabar kemampuan undang-undang harta intelek.

Di bawah undang-undang Amerika Syarikat perkara ini sedang dibahaskan, tetapi keadaan di sana juga masih samar dan penggubal undang-undang masih dalam keadaan kebingungan.

Di sini sebagai langkah awal kerajaan sebaiknya mendapatkan input dan maklum balas daripada penggerak industri berkaitan AI tentang kesan teknologi tersebut ke atas hak cipta, tanda dagangan dan hak intelek am.

Apa yang diperlukan termasuk jawapan kepada sejauh mana pembabitan manusia dalam projek AI dirasakan mencukupi bagi sesuatu ciptaan oleh robot (AI) layak mendapat perlindungan hak cipta.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here