FOTO: Creative Commons.
Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF
JOHN Carmack, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) anak syarikat Facebook,Oculus VR akan meletakkan jawatan sepenuh masa untuk menumpukan perhatian kepada usaha membangunkan teknologi ‘kecerdasan buatan’ atau ‘Strong AI.’
Dalam post Facebook terbaharunya, Carmack berkata beliau akan bekerja dari rumah dalam membangunkan teknologi tersebut, tetapi masih menawarkan perkhidmatan sebagai CTO Perunding di Oculus VR.
Mengenai teknologi AI berkenaan, Carmack berkata ia amat bernilai dan boleh berjaya.
‘Strong AI’ dianggap jauh lebih maju dengan keupayaan untuk mengajar mesin dan robot menggunakan kepintaran tahap manusia.
-BebasNews
Please follow and like us: