Oleh FETTY RARA

BEKAS Duta Amerika Syarikat ke Ukraine, Marie Yovanovitch semalam memberitahu jawatankuasa siasatan pemecatan bahawa beliau berasa terancam dan amat terganggu kerana kerana Trump telah menghina beliau dalam perbualan telefon dengan seorang pemimpin negara asing.

Akhbar The New York Times melaporkan beliau berkata pada hari kedua pendengaran awam berhubung siasatan pemecatan presiden AS itu bagaimana peguam peribadi Trump, Rudy Giuliani bersubahat dengan pihak pendakwa raya Ukraine untuk mengetepikan peraturan dan memaksa beliau meletakkan jawatan.

Yovanovitch disingkir daripada jawatannya berikutan arahan peribadi daripada Trump.

Pada sesi keterangan semalam, beliau menjelaskan bagaimana dalam dua tweet Trump berkata “ke mana sahaja Marie Yovanovitch berada keadaan akan menjadi buruk”. Trump turut mempertahankan ‘hak’ beliau sebagai presiden untuk melantik sesiapa yang disukainya sebagai duta.

Walaupun sesetengah penyokong mempertahankan Trump, namun pengerusi jawatankuasa siasatan, Adam Schiff lantang melabelkan perlakuan Trump itu sebagai “ugutan saksi yang nyata”, sementara peguam bebas Ken Starr pula menganggap tweet-tweet tersebut sebagai sesuatu tindakan yang dilakukan tanpa pertimbangan wajar.

Menyusul…

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here