Kembalikan demokrasi kepada KEADILAN

0
218

Kembalikan demokrasi kepada KEADILAN

1. Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) Sarawak terkesan dan berdukacita dengan perkembangan terkini berhubung keputusan pembatalan jemputan kepada Timbalan Presiden KEADILAN untuk merasmikan Kongres Nasional AMK.

2. Adalah menjadi tradisi turun temurun dan konvensyen setiap parti politik di seluruh dunia bahawa Timbalan Presiden akan merasmikan kongres sayap parti politik dan KEADILAN telah mengikuti tradisi ini sejak parti ditubuhkan.

3. MPN Sarawak amat kecewa dengan pengkhianatan tradisi ini, walaupun diketahui bahawa majoriti dua per tiga pimpinan AMK Pusat yang telah dipilih secara demokratik dalam Pemilihan Parti yang lalu menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden untuk merasmikan Kongres Nasional AMK.

4. Justeru, MPN Sarawak berpendirian bahawa kesan daripada keputusan yang terburu-buru dalam membatalkan jemputan tersebut telah menyebabkan demokrasi dalam KEADILAN dikuburkan secara terang-terangan.

5. Prinsip ‘satu ahli, satu undi’ kini hanya tinggal slogan semata-mata tanpa pelaksanaan yang sebenar dan hanya sekadar mainan sandiwara beberapa kerat pimpinan KEADILAN.

6. MPN Sarawak dengan tegas, tidak akan bertolak ansur sekiranya prinsip demokrasi yang menjadi asas kepada perjuangan KEADILAN sejak sekian lama dihumban dan dilenyapkan.

7. Sekiranya krisis ini tidak ditangani dengan segera oleh pimpinan tertinggi, ianya akan mengakibatkan krisis dan perpecahan di dalam KEADILAN.

8. Adalah dengan ini, MPN Sarawak mengambil keputusan drastik bahawa pimpinan tertinggi KEADILAN hendaklah menangani isu ini dengan segera. MPN Sarawak juga memutuskan, selagi isu ini belum diselesaikan secara adil dengan mengambil kira lunas-lunas demokrasi, maka Konvensyen KEADILAN Negeri Sarawak yang dijadualkan pada 23 November 2019 di Miri, Sarawak adalah DIBATALKAN.

YB BARU BIAN
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Sarawak
KEADILAN Sarawak

YB ALI BIJU
Naib Pengerusi
KEADILAN Nasional

HJ BAHARUDDIN DATUK MOKHSEN
Timbalan Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Sarawak
KEADILAN Sarawak

YB WILLIE MONGIN
Naib Pengerusi I
Majlis Pimpinan Negeri Sarawak
KEADILAN Sarawak

NICHOLAS BAWIN ANGGAT
Naib Pengerusi II
Majlis Pimpinan Negeri Sarawak
KEADILAN Sarawak

VOON SHIAK NI
Naib Ketua Wanita Nasional merangkap Naib Pengerusi III
Majlis Pimpinan Negeri Sarawak
KEADILAN Sarawak

NURHANIM DATUK MOKHSEN
Ketua Wanita Negeri merangkap Naib Pengerusi V
Majlis Pimpinan Negeri Sarawak
KEADILAN Sarawak

YB SEE CHEE HOW
Jawatankuasa Pilihanraya Negeri
KEADILAN Sarawak

15 November 2019

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here