Anwar: Undi majoriti BN satu kejutan

    0
    516

    PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim berkata majoriti undi yang diraih calon BN Wee Jeck Seng cukup mengejutkan.

    Beliau juga berkata PH perlu mengambil iktibar daripada kekalahan pilihan raya kecil ini.

    “Majoriti yang diperoleh pembangkang ini satu kejutan dan ia mesej jelas kepada seluruh pimpinan PH.

    “Kita seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar daripada keputusan PRK ini.

    “Kita juga harus berusaha menanam keyakinan rakyat terhadap dasar-dasar yang dibawa oleh PH dengan usaha positif melaksanakan janji-janji,” katanya pada satu hantaran di media sosial.

    Anwar juga turut mengucapkan tahniah kepada calon MCA Wee Jeck Seng atas kemenangan yang diraihnya untuk kerusi parlimen itu.

    BN menang dengan majoriti besar 15,086 undi.

    Ini bermakna PH cuma mendapat 26.74 peratus undi manakala BN meraih 65.61 peratus undi daripada keseluruhan undi.

    Calon-calon Gerakan, Berjasa dan bebas akan kehilangan wang deposit mereka.

    Sementara itu, PH Johor berkata keputusan PRK Tanjung Piai merupakan satu isyarat pengundi yang perlu diambil serius.

    “PH Johor menerima keputusan Pilihanraya Kecil Tanjung Piai sebagai satu isyarat daripada pengundi yang perlu diambil serius oleh parti.

    “Mengambil kira kekalahan ini, PH perlu kembali semula ke paparan lakaran untuk menilai dasar, pendekatan dan prestasi parti dan kerajaan yang telah menyumbang kepada rasa tidak puas hati rakyat.

    “PH Johor ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera Pakatan Harapan yang telah bekerja keras dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam kempen pilihanraya kecil ini,” kata suatu kenyataan bersama pengerusi parti-parti gabungan PH negeri.

    Keputusan adalah seperti berikut:

    BN – 25,466

    PH – 10,380

    Gerakan – 1,707

    Berjasa – 850

    Ang Chuan Lock – 380

    Faridah Aryani Abd Ghaffar – 32

    Terdapat 565 undi rosak dan peratusan keluar mengundi sebanyak 74.5 peratus.

    https://m.malaysiakini.com/news/500102

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here