Cheng Hoe terpaksa kekal dengan penyerang tumpul

0
349

Oleh KAKI BANGKU
 

TIDAK adil untuk Tan Cheng Hoe mengambil penyerang baharu yang berada dalam senarai menunggu, Jafri Firdaus Chew untuk meluaskan pilihan pemain posisi itu ekoran penggantungan satu perlawanan terhadap Syafiq Ahmad.

Ketua jurulatih negara itu berkata, tempohnya sudah suntuk menjelang dua hari lagi menentang Indonesia dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Kumpulan G di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Saya khuatir jika panggil penyerang dalam senarai itu, dia sukar sesuaikan diri dengan tahap saingan antarabangsa apatah lagi musim liga kita pun sudah berakhir (sejak final Piala Malaysia, 2 November lalu),” katanya.

Jafri, penyerang PKNS FC diletakkan dalam senarai bersedia sejak kem latihan pusat negara dibuka 3 November lalu, di samping
Irfan Zakaria, Akram Mahinan, Rizal Ghazali dan J. Partiban.

Cheng Hoe mengulas penggantungan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu seteleh mengumpul kad kuning keduanya dalam kelayakan ini, kerana tersiku pemain Thailand 2-1 di Bukit Jalil, Khamis lalu.

Turut terlepas berdepan Sang Garuda yang direbahkan Harimau Malaya 3-2 di Jakarta, 5 September lalu ialah bek kanan, Matthew Davies yang dilayangkan kad itu kerana didapati sengaja melengahkan permainan.

Penyerang Perak, Shahrel Fikri Fauzi pula sudah digugurkan oleh Cheng Hoe selepas Harimau Malaya memenangi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Tajikistan 1-0 di Bukit Jalil, 9 November lalu.

Kini yang tinggal dalam kemungkinan kesebelasan utama ialah penyerang berusia 33 tahun, Norshahrul Idlan Talaha yang masih kempunan gol selepas beraksi menentang Indonesia, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.

Namun tidak keterlaluan untuk mengandaikan sayap kanan, Safawi Rasid mampu dijadikan penyerang tunggal mahupun Akhyar Rashid, rakan sepasukannya di JDT yang lincah membolosi kotak penalti lawan.

Tanpa Matthew, dahi Cheng Hoe semakin berkerut dalam memikirkan siapa bakal mendukung peranan bek kanan memandangkan Syahmi Safari masih dirundung kecederaan pangkal paha ketika berdepan Thailand.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here