Kambing sahabat harimau ini akhirnya mati

0
654

SEDIH… Kadang-kadang persahabatan terjalin dalam situasi yang paling tidak dijangkakan. Malah, ada kalanya dua pihak yang sepatutnya bermusuhan juga boleh menjadi sahabat baik.

Inilah Timur, seekor kambing di Rusia terkenal di negara itu atas keberanian haiwan tersebut ketika dimasukkan ke taman safari Vladivostok, sebuah bandar pelabuhan Lautan Pasifik.

Ditempatkan dalam kandang harimau pada 2015 untuk dijadikan ‘santapan’, Timur sebaliknya tidak tunjuk sebarang rasa gentar, sehingga akhirnya berkawan dengan seekor harimau Siberia.

Kucing besar itu diberi nama Amur. Malangnya, kisah dua sahabat yang menarik perhatian ramai ini tidak berkekalan. Amur menerkam Timur dan campaknya dalam satu kejadian pada 2016.

Ia berlaku setelah kambing itu ‘bergurau’ agak terlalu kasar. Kedua-dua haiwan itu kemudian tinggal dalam kandang yang berasingan, sehinggalah Timur dilaporkan mati pada 5 November.

Pengarah taman tersebut, Dmitry Mezentsev dipetik media Rusia berkata bahawa kematian Timur atas sebab-sebab semula jadi dan bakal disemadikan dengan penuh penghormatan.

Menurut penjaga Timur, Elvira Golovina, kambing jantan berusia lima tahun itu, pernah dihantar ke ibu kota Moscow bagi jalani rawatan setelah cedera bergaduh dengan Amur selama sebulan.

Pihak pengurusan taman itu dijangka bina sebuah tugu daripada gangsa di sebelah kubur Timur sebagai kenangan dan dilawati para pengunjung yang turut bersedih atas kematian haiwan ini.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here