FOTO: NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini redha dengan kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, namun bertekad untuk terus berjuang dalam parti.

Beliau berkata, PH akan membuat analisis tentang kekalahan itu, khususnya melibatkan majoriti yang besar.

“Kita akan buat analisis. Saya biasa, masih orang dalam parti dan akan terus berjuang,” katanya ketika ditemui media, malam tadi.

PRK Tanjung Piai dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng dengan majoriti 15,086 undi menewaskan lima calon lain.

Keputusan PRK Tanjung Piai yang diumumkan jam.9.16 malam menyaksikan Jeck Seng memperoleh 25,466 undi manakala Karmaine mendapat 10,380 undi.

Calon Gerakan, Wendy Subramaniam meraih 1,707 undi, Datuk Dr. Badhrulhisham Abd. Aziz daripada Berjasa mendapat 850 undi dan dua calon Bebas, Dr. Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani  Abdul Ghafaar, masing-masing memperoleh 380 dan 32 undi.

PRK Tanjung Piai diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Dr. Farid Md. Rafik akibat serangan jantung pada 21 September lalu. – Bebasnews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here