Ulasan Datuk Mohd Razlan Rafii
Ahli Majlis Kerja Tertinggi
UMNO Malaysia

DI Tg Piai, BN menang dengan majoriti yang amat besar, ia bukan satu tamparan, boleh dikatakan sebagai satu tumbukan TKO kepada Kerajaan PH.

Baru sahaja 1 tahun 6 bulan, rakyat sudah membuat keputusan bahawa Kerajaan PH sekira di bandingkan dengan BN, BN lebih ikhlas dalam memimpin.

Apabila rakyat memberi kuasa kepada PH sebelum ini, tiada perbandingan di antara corak kepimpinan BN dengan mana-mana, mereka menjangkakan kehidupan mereka lebih baik, lebih terjamin.

Ini kerana sepanjang 20 tahun PKR dan sekutu mereka wujud, mereka menabur fitnah dan politik kebencian sehingga rakyat termakan apa sahaja yang mereka ungkapkan.

Namun, apabila mendapat Kuasa, pemimpin PH jadi lebih tamak, baru seminggu, Kes Setiausaha Politik Mat Sabu berjaya keluar dari muflis, sebanyak RM500, 000 dibayar, selepas itu, kes Pegawai Salahuddin menerima Jam Tangan Mewah, kes Pemuda PPBM mendapat imbuhan dari Bazar Ramadhan, kes penjualan aset kerajaan kepada Kroni PH. Ini semua telah membuka mata rakyat bahawa, PH bukan mahu membantu Rakyat, mereka mahukan kekayaan dengan rakus.

Bangkai di depan mata, sang serigala meleleh air liur tidak sabar melapah, itulah boleh diibaratkan Perasaan Pimpinan PH apabila melihat peluang Rasuah di depan mata mereka. Ada banyak Kes rasuah di Kerajaan dan Agensi. Kawalan kewangan tidak lagi mereka ikut, apa sahaja nasihat Pegawai Kerajaan sekira tidak memberi keuntungan kepada PH, akan dibuang dengan alasan “Pegawai itu orang BN” dan ini telah menghalalkan bentuk Rasuah yang rakus, seperti Sang Serigala tadi.

Bukan hanya Rasuah, DAP memulakan corak kepimpinan Malaysian Malaysia, Bahasa mesti sama rata, agihan Ekonomi mesti sama rata, tidak kira siapa miskin dan siapa perlu dibantu, dengan beralasan memburukan beberapa kes terpencil mempergunakan Bangsa demi Kekayaan, DAP berjaya membuat pemimpin lain tunduk kepala untuk mereka terap agenda Malaysian Malaysia.

Dan rakyat sudah hidu keikhlasan.

Perut rakyat yang lapar, di suruh ikat, penjawat awam yang rajin dikatakan pemalas, askar yang bermatian berjuang dikatakan makan tidur, polis yang menjaga keamanan dituduh main politik.

Setiap hari, rakyat mendoakan ada perubahan kepada Kerajaan PH, mereka kalau boleh mahukan pilihan raya dibuat dengan secepat mungkin, melalui kesengsaraan hidup zaman PH sama seperti hidup zaman perang Jepun. Hidup melarat dengan dihina setiap hari oleh pemimpin PH.

Terima kasih kepada setiap Pengundi Tanjung Piai, andalah juara kepada rakyat keseluruhanya. Cameron, Semenyih dan Rantau sudah buktikan. Tg Piai juga sudah buktikan, sebelum Tun M terlewat, Tun serahkanlah semula kepada rakyat Memilih!

— BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here