Oleh FETTY RARA

ARAB Saudi akan menetapkan nilai syarikat minyak milik kerajaan, Saudi Aramco di antara USD1.6 trilion dan USD1.7 trilion.

Negara yang kaya dengan minyak itu semalam mengumumkan pelan untuk menjual sebanyak 1.5 peratus kepentingan syarikat tersebut.

Saudi Aramco akan membuat tawaran awam permulaan (IPO) pada Disember ini di Pasaran Saham Riyadh.

Sebanyak 3 bilion saham yang ditawarkan pada harga  serendah 30 riyal hingga 32 riyal, dan dijangka naik hingga USD25.6 bilion.

Jangkaan pencapaian itu dilihat sebagai kedua paling tinggi selepas rekod yang dicatatkan oleh Ali Baba pada 2014, lapor CNBC.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here