Kemboja larang pelancong naik gajah di kuil Angkor

0
219

TEGAS… Kerajaan Kemboja bakal mengenakan larangan tegas terhadap pelancong asing untuk tunggang gajah di kuil terkenal negara itu, Angkor Wat menjelang awal tahun depan.

Berita gembira itu dianggap satu kemenangan yang jarang berlaku bagi pendukung gerakan pemuliharaan hidupan liar yang sudah lama mengecam amalan popular tersebut sebagai kejam.

Kompleks arkeologi purba Angkor Wat terletak di utara Siem Reap, menarik sejumlah besar cecah enam juta pelancong asing ke negara itu yang turut jana pendapatan tertinggi ekonomi.

Ramai pengunjung Barat gemar pilih aktiviti menunggang gajah untuk meneroka sekitar kuil kuno seluas 162 hektar itu dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 1992.

“Namun program tunggangan gajah akan berakhir pada awal 2020,” kata Long Kasal, jurucakap Pihak Berkuasa Apsara yang uruskan kompleks empayar Khmer itu dipetik media tempatan.

Penggunaan gajah ujar beliau lagi, untuk bisnes tidak lagi sesuai sambil menambah bahawa sebahagian haiwan mamalia darat terbesar dunia itu sebenarnya sudah pun terlalu tua usianya.

“Setakat ini, lima daripada 14 ekor gajah di kompleks Angkor sudah dipindah ke hutan komuniti kira-kira 40 kilometer dari kuil dan akan hidup dalam habitat asalnya di sana,” kata Kosal.

Syarikat yang memiliki haiwan itu jelas beliau bagaimanapun akan terus menjaganya seperti biasa. Kemboja sudah lama menerima kecaman daripada kumpulan hak asasi antarabangsa.

Ini kerana negara kecil Asia Tenggara itu menawarkan gajah sebagai tunggangan pelancong luar yang juga banyak diamal di negara jirannya sendiri iaitu, Thailand, Vietnam dan Laos.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here