MESEJ yang tular kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan peletakan jawatannya dalam masa terdekat adalah tidak benar.

Ini berlaku selepas kekalahan Pakatan Harapan Sabtu lalu pada pilihan raya kecil Tanjung Piai, yang menurut pengkritik Dr Mahathir kekalahan itu sebagai referendum rakyat terhadap kepimpinannya.

TTF difahamkan penularan mesej tersebut dibuat khususnya kumpulan penyokong DAP dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di WhatsApp dan Facebook.

Anwar dikatakan mengeluarkan arahan kepada kumpulan penyokongnya untuk mendesak Mahathir berundur disebabkan kekalahan PH di Tanjung Piai.

Kedua-dua DAP dan Anwar teramat khuatir Mahathir akan menumbangkan PKR dan Pakatan Harapan pada bila-bila masa dengan membawa sebilangan tertentu ahli parlimen dari DAP, AMANAH, PPBM dan PKR (kumpulan Azmin) keluar dari gabungan tersebut.

Sekiranya ini berlaku, DAP dan kumpulan pro-Anwar tidak akan ada tempat untuk berpaut menghala ke Pilihan Raya Umum ke-15 memandangkan UMNO tidak boleh bekerjasama dengan mereka disebabkan PAS.

Anwar dan DAP turut khuatir Mahathir akan bertindak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuat deklarasi darurat sebelum membubarkan parlimen dan membentuk kerajaan “penjaga” baru.

Dalam senario ini, kedua-dua DAP dan PKR mungkin akan dikuburkan atas tuduhan terlibat dengan kumpulan-kumpulan keganasan tertentu seperti kumpulan militant di Indonesia dan (atau) serpihan LTTE di Sri Lanka.

Pada 20hb Oktober 2019, saya menulis:

Tidak ramai yang tahu, tujuan sebenar Mahathir mengarahkan penangkapan ahli-ahli DAP dan PKR bawah SOSMA adalah bagi menunjukkan taringnya kepada semua, termasuk UMNO, sebagai tanda beliau amat berkuasa dan mampu melakukan “apa-apa sahaja tanpa ditentang.”

Ianya turut merupakan isyarat bagi DAP dan Anwar untuk buktikan mereka benar-benar mempunyai sokongan majoriti di parlimen dengan cuba menyingkirkan Mahathir daripada jawatan Perdana Menteri.

Mahathir sebenarnya memberikan satu tempoh masa tertentu bagi Anwar dan DAP untuk buktikan perkara ini, di mana selepas tempoh ‘rahsia’ tersebut, beliau akan bertindak berdasarkan beberapa opsyen yang sedia ada pada dirinya.

BACA ARTIKEL-ARTIKEL DI BAWAH (BHG 1 – 3)

Kedua-dua Anwar dan DAP tidak ada pilihan melainkan mengerahkan kumpulan penyokong mereka untuk mendesak Mahathir berundur sambil berselindung di belakang alasan bahawa apa yang diperkatakan merupakan “pendapat peribadi.”

Sekiranya benar Anwar mempunyai sokongan majoriti dan tidak khuatir parlimen dibubarkan, beliau tidak akan teragak-agak membuat sidang media bersama Lim Kit Siang untuk meminta Mahathir berundur secara rasmi.

Percayalah, kedua-dua Anwar dan kumpulan penyokong Lim Guan Eng dari DAP tidak akan tahan lama lagi dalam kerajaan dan juga arena politik kebangsaan.

Bersambung…

https://www.thethirdforce.net/anwar-sudah-melangkaui-batas-sesuatu-bakal-berlaku/
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here