Astro Go temani anak-anak waktu cuti sekolah

0
291
ANTARA pelakon dan maskot yang memeriahkan cuti sekolah anak-anak.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

ALAMAK! Cuti sekolah sudah bermula. Nak bawa anak-anak berjalan, ekonomi tidak mengizinkan. Apa nak buat, kalau duduk di rumah saja mahu jadi perang dunia ketiga.
Jangan risau, pihak Astro Go dan On Demand memahami keadaan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang tak boleh duduk diam itu. Cara nak elak mereka daripada bergaduh atau membuat kecah di rumah, adalah dengan ‘membiar’ mereka menghadap televisyen.

Cuti sekolah ini bolehlah beri kelonggaran kepada anak-anak menonton program kegemaran mereka kerana terdapat 50 program eksklusif pelbagai bahasa yang disiarkan di saluran berbahasa Melayu iaitu Astro Ceria, Astro Ria, Astro Warna dan Astro Prima.

Bagi saluran bahasa Inggeris pula bolehlah menonton di Disney, Cartoon Network dan Nickelodeon. Manakala untuk berbahasa Cina pula, salurannya adalah Astro Xio Tai Yang dan Astro Vaanavil serta Astro Vellithirai untuk bahasa Tamil, mulai 23 November ini.

HELLO Pinkfong menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan.

Sempena cuti sekolah ini juga Astro Ceria bakal memperkenalkan siri bergenre komedi iaitu SMK, kisah Adam, seorang murid baharu dan sekumpulan remaja di sekolah menengah. Siri SMK mula bersiaran pada setiap Sabtu, 30 November ini, pukul 11 pagi.

Ketua Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong berkata, setiap tahun Astro menyediakan pelbagai pengisian menarik bagi mengisi slot cuti sekolah. Kali ini pihak Astro menyediakan program yang lebih menyeluruh bagi menepati kehendak penonton terutamanya segmen kanak-kanak, remaja dan dewasa.

“Menerusi kempen cuti sekolah, Astro Go Go Go, kami meraikan pelanggan yang sentiasa setia berada di sisi dengan menyajikan lebih dari 9,000 kandungan hiburan kanak-kanak terhebat di platform Astro Go dan On Demand. Semua program itu boleh ditonton pada bila-bila masa dan di mana saja berada secara streaming,” katanya pada majlis kempen cuti sekolah Astro Go Go Go, baru-baru ini.

Tambahnya, lebih menarik sempena cuti sekolah ini juga, ibu bapa dan anak-anak boleh berhibur bersama Pinkfong dan Baby Shark menerusi Hello Pinkfong, siri live-action pertama di dunia melibatkan karakter ini.

“Menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan, kanak-kanak boleh mempelajari bahasa Inggeris menerusi lagu-lagu yang dipersembahkan, aktiviti seni dan kraftangan serta pendekatan pembelajaran berbentuk eksplorasi.

DIDI & Friends antara karakter yang digemari kanak-kanak.

“Mula bersiaran pada 23 November ini, merupakan antara terbitan baharu Astro dan SmartStuy yang melibatkan bakat sepenuhnya dari Malaysia. Lebih 40 lagu-lagu popular Pinkfong akan digubah semula dan disampaikan dengan set tarian yang dikoreografikan khas untuk siri ini,” jelasnya.

Selain sarat dengan sajian kandungan menarik di televisyen dan platform digital, pelanggan Astro juga boleh menghadiri aktiviti lapangan di beberapa lokasi terpilih.

Pada 22 hingga 24 November ini, di Sunway Pyramid, barisan pelakon dan maskot animasi seperti Pinkfong, Didi & Friends, Omar & Hana, BoboiBoy, Spiderman dan Captain Amerika serta banyak lagi akan hadir pada hari tersebut.

Bukan itu saja, pihak Astro turut bekerjasama dengan penerbitan Le Copaque bagi menjayakan Karnival Upin & Ipin 2019 di MITC, Melaka pada 29 November hingga 1 Disember ini.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here