Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF
SEORANG ibu di Padang, Indonesia menubuhkan sebuah bank sisa buangan dalam usaha untuk mengatasi pencemaran plastik dan membantu ekonomi tempatan.
Kemudahan yang diilhamkan oleh Asri Astia Ningsih, 53, mengutip sisa buangan seperti plastik pembalut, kotak dan tin dikitarkan semula untuk dijadikan apron, beg dan kotak alat tulis.
Video tentang beliau yang dirakamkan pada 13 November lalu menunjukkan bagaimana bank sisa buangannya Ningsih beroperasi menghasilkan pembalut plastik menjadi beg.
Usaha yang dilakukan Ningsih didorong motivasi untuk melihat alam sekitar yang bersih.
-BebasNews
Please follow and like us: