HEBAT… Penyanyi dan juri program pertandingan nyanyian popular, The Voice, John Legend menerima pengiktirafan sebagai jejaka paling seksi 2019 oleh majalah terkenal People.

Penyanyi lagu All of Me yang berusia 40 tahun ini, dilaporkan berasa teruja, namun turut luah kebimbangan dengan tanggapan daripada netizen terhadap gelaran yang diterimanya itu.

John merupakan jejaka ke-34 menerima gelaran lelaki terseksi oleh People. Dalam pada itu, beliau sentiasa ingat pesanan ibu bapanya supaya selalu rendah diri dan berbuat kebaikan.

“Ayah saya ajar jadi macam karakter dia. Macam role model. Dia tunjuk contoh terbaik dengan didik jaga maruah diri. Kadang-kadang ibu bapa saya selalu ingatkan pelbagai perkara.

“Mereka pernah berkata bahawa sebahagian daripada kejayaan diperoleh tu datangnya dari rendah hati. Sebaik-baiknya layan orang sekeliling sebagaimana kita mahu dilayan,” ujarnya.

Sementara itu, John meluahkan rasa syukur apabila diberi kemudahan dalam uruskan keluarga dan kerjaya malah tambah: “Saya rasa bangga mempunyai isteri dan dua anak di samping saya.

“Saya bangga kerjaya saya. Juga suka tulis lagu dan beraksi atas pentas. Saya gembira dengan semua yang saya ada dan buat orang lain gembira. Rasa seperti diberi kesenangan,” katanya.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here