Jutawan tua kahwini gadis bayar mahar RM70.5 juta

0
1215

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

KITA semua pernah mendengar cerita tentang wanita muda berkahwin dengan lelaki tua. Ini membuatkan kita tertanya sama ada ia adalah cinta sejati atau cinta material.

Begitu hal dengan kisah yang dilaporkan Oriental Daily, apabila seorang seorang netizen dari Thailand berkongsi beberapa gambar perkahwinan temannya.

Perkahwinan ini bukanlah melibatkan pasangan biasa kerana pengantin lelaki berusia 50 tahun lebih tua daripada pengantin wanita!

Lelaki berusia 70 tahun itu dilaporkan belum pernah berkahwin sehinggalah dia bertemu dengan isterinya sekarang, yang berusia 20 tahun.

Untuk mahar perkahwinan, jutawan ini membayar RM750 juta.

Seorang tetamu majlis berkenaan berkata pengantin lelaki adalah orang yang berjaya datangnya dari keluarga kaya.

Perkara itu dapat dibuktikan daripada majlis perkahwinan yang mewah.

Ya, cinta sejati tiada hadnya dan tentu sahaja tidak mengenal batas usia!

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here