Oleh FETTY RARA

AMERIKA Syarikat telah menukar pendirian tentang status penempatan rakyat Israel di Tebing Barat yang didudukinya, dan kini menganggap perkara itu tidak lagi bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo berkata isu status kawasan Tebing Barat itu terpulang kepada rundingan antara pihak Israel dan Palestin, lapor bbc.com

Dan seperti dijangka pendirian AS yang merupakan u-turn daripada pendirian semasa pentadbiran Barack Obama itu diterima baik oleh Israel.

Penempatan Yahudi di Tebing Barat yang diwujudkan oleh rejim Israel sejak perang Timur Tengah pada 1967 itu merupakan punca pertikaian di antara Israel, masyarakat antarabangsa dan pihak Palestin.

Pompeo memberitahu media bahawa setelah dikaji perbahasan tentang isu tersebut dari pelbagai sudut Amerika Syarikat memutuskan bahawa penubuhan penempatan orang awam Israel di Tebing Barat tidak bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

Menurut beliau ini kerana dakwaan bahawa ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa tidak menghasilkan apa-apa bagi mengembalikan keamanan di wilayah berkenaan.

Ketua Perunding Palestin Saeb Erekat berkata keputusan Amerika Syarikat itu berisiko kepada kestabilan global, keselamatan dan keamanan, selain tindakan mengancam untuk menggantikan undang-undang antarabangsa dengan undang-undang rimba.

Bagi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pula perubahan dasar AS itu telah ‘membetulkan sejarah yang salah’.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here