Oleh FETTY RARA

SEBUAH peta interaktif menunjukkan negara-negara paling bahaya di dunia untuk 2020.

Peta interaktif yang dipaparkan dalam portal travelriskmap.com menyenaraikan negara-negara mengikut tahap keselamatan berdasarkan tiga kriteria berbeza: perubatan, keselamatan dan keselamatan jalan raya.

Bagi kategori keselamatan, negara yang mendapat satu penarafan daripada lima diletakkan dalam satu daripada lima ‘band’ – berkisar daripada mempunyai risiko keselamatan yang tidak begitu tinggi hingga kepada risiko paling tinggi.

Negara Mali, Somalia, Selatan Sudan, Republik Afrika Tengah, Yemen, Libya, Syria, Iraq, Afghanistan dan beberapa bahagian Ukraine tersenarai mempunyai risiko tersangat tinggi.

Menurut kumpulan pakar risiko antarabangsa (SOS), negara-negara tersebut mempunyai tahap pengawalan oleh kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang tersangat rendah atau tiada langsung. Dalam keadaan sedemikian ancaman serangan ganas oleh kumpulan bersenjata yang menyasarkan pelancong dan pekerja antarabangsa didapati amat tinggi, lapor The Evening Standard.

Selain itu, di negara-negara berkenaan perkhidmatan pengangkutan dan perkhidmatan kerajaan juga didapati amat minimum.

Berlainan pula keadaannya di negara-negara Nordik yang mempunyai risiko keselamatan paling rendah. Negara-negara ini termasuk Greenland, Iceland, Norway, Finland dan Denmark. Negara-negara Eropah, termasuk Switzerland, Luxembourg dan Slovenia diklasifikasikan dalam band paling selamat.

Sementara itu, United Kingdom dan kebanyakan negara di Eropah didapati mempunyai risiko pengembaraan yang rendah. Senarai ini termasuk juga China, Kanada, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Argentina, antara lain.

Negara berisiko paling tinggi:

  • Mali
  • Somalia
  • Selatan Sudan
  • Republik Afrika Tengah
  • Yemen
  • Libya
  • Syria
  • Iraq
  • Afghanistan
  • Bebarapa bahagian Ukraine

Negara berisiko paling rendah:

  • Greenland
  • Iceland
  • Norway
  • Finland
  • Denmark
  • Switzerland
  • Luxembourg
  • Slovenia
  • Andorra

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here