Wanita ditahan, kandung 4 kg dadah

0
351

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

POLIS Argentina menahan seorang wanita ‘hamil’ apabila didapati menyembunyikan dadah seberat empat kilogram di bahagian perutnya.

Dadah berupa ganja terkandung dalam tepung pasta yang telah dibekukan dan berbentuk setengah bulatan.

Dadah itu yang disembunyikan di bawah baju yang dipakai memperlihatkan seolah-olah dia sedang sarat mengandung.

Menurut Dailymail.co.uk, usaha wanita ini menyeludup barang berkenaan terbongkar setelah pihak polis di sempadan Argentina dan Chile meragui dia benar-benar hamil.

Ketika diperiksa oleh pihak berwajib, terbongkarlah rahsia yang sebenar.

Pada bahagian perut wanita ini tersimpan 15 paket ganja berbentuk seperti batu bata dengan berat keseluruhan empat kilogram.

Kejadian ini disahkan oleh jurucakap polis setempat.

“Ya, dua warga negara Argentina telah ditangkap setelah terbongkar cuba menyeludup dadah,” ujar juru cakap polis setempat.

Jurucakap itu berkata, sebelum berjaya membongkar kehamilan palsu itu, polis terlebih dahulu sudah mencurigai lelaki pasangan wanita itu yang didapati membawa dua paket ganja dalam beg hitam ketika digeledah.

Keadaan perut wanita berkenaan dilihat sangat janggal bagi orang yang hamil.

“Ternyata benar ketika diperiksa perut yang buncit itu adalah disebabkan oleh dadah yang disembunyikan dan bukan kerana benar-benar hamil,” ujar juru cakap polis setempat.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here