Yayasan Hydrocephalus Negara berjaya raih hampir RM200,000

0
235
SHAHRIMAN (kiri) bersama Ikon YHN dan seorang kanak-kanak pesakit hydrocephalus.

Oleh KAKI BANGKU

KUALA LUMPUR — Yayasan Hydrocephalus Negara (YHN) telah berjaya mendapat sumbangan penajaan hampir RM200,000 iaitu mengatasi pencapaian tahun lalu pada majlis makan malam amal anjurannya di Pusat Komuniti Bukit Damansara di sini baru-baru ini.

Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YHN, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, angka itu mendorong pihaknya menjadikan majlis tersebut sebagai acara tahunan bagi membiayai kos rawatan perubatan atau menjalani pembedahan pesakit-pesakit hydrocephalus.

“YHN juga mengadakan majlis ini untuk memberikan kesedaran kepada umum mengenai penyakit ini. Kami juga tidak mahu lihat wujud halangan pesakit-pesakit dan keluarga mereka dengan masyarakat selain cuba pupuk hubungan silaturahim.

“Alhamdulillah kami dapat penajaan hampir RM200,000 pada tahun ini. Kebanyakan keluarga pesakitnya daripada kalangan yang berpendapatan rendah.

“Anak saya juga seorang pesakitnya dan saya menganggap semua penghidapnya macam ahli keluarga saya atau ahli yayasan,” katanya selepas majlis itu.

Majlis amal ini turut mengumumkan pelantikan pelumba basikal para negara yang pernah menghidap hydrocephalus, Afiq Afify Rizan sebagai ikon yayasan.

Yayasan ini telah ditubuhkan pada 12 April 2018 selain membantu pesakitnya dalam khidmat nasihat dan bimbingan kaunseling juga menjadi pemudah cara kepada agensi kerajaan yang berkaitan penyakit lebihan air yang menyebabkan kepala lebih besar daripada normal ini.

“Setakat ini kami ada 360 ahli yayasan di seluruh Malaysia. Sehingga akhir tahun ini, Disember, kami cuba sasarkan untuk dapat angka keahliannya sehingga 400 orang,” katanya yang juga Ketua Kontinjen negara ke Sukan Para ASEAN di Filipina, tahun depan.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here