Gabungan Kriket Malaysia perlu bertindak, tidak gentar

1
402
WAN RAHMAN YAACOB (kiri) bersama Setiausaha Agung Kriket Melayu, Rosmanizam Abdullah.

Oleh TL ANG

KUALA LUMPUR — Semua ahli gabungan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) diminta serius dalam membangunkan kriket apabila pencapaian pasukan negara dalam permainan itu terus merosot buat masa ini.

Mengumumkan perkara itu secara serius, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob berasa malu sesudah aksi Malaysia di peringkat antarabangsa sudah tidak ketentuan lagi.

”Demi sukan kriket, apa sudah jadi dengan pembangunan dan penumpuan MCA. Dahulu bercakap besar tetapi kini nama Malaysia dalam pertandingan ternama terus tenggelam,” katanya.

Dengan tidak ingin dibandingkan dengan pertandingan kelas rendah, Malaysia suatu ketika lalu merupakan negara digeruni bukan sahaja di Asia Tenggara malah di kalangan negara bukan test di rantau Asia.

Beliau mahu MCA mencermin diri sendiri sama ada mereka mampu melakukan pembangunan yang wajar atau hanya bercakap besar sahaja.

”Saya lihat MCA cuma menumpang nama sekolah dengan melancarkan program yang dianggap indah khabar sahaja.

SELVANATHAN… bekas Setiausaha Kriket Negeri Sembilan.

”Ini tidak akan menghasilkan pembangunan sebetul-betulnya jika ia tidak tertumpu dari pembangunan bawah 12 dan seterusnya ke menengah dengan kemantapan projek menerusi jurulatih bertauliah,” kata Wan Rahman; bekas Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya.

Prestasi Malaysia di peringkat antarabangsa sekarang sudah pun sukar menandingi Singapura; sebuah pasukan yang tidak digeruni Malaysia beberapa tahun lepas.

Dalam pertandingan peringkat usia pun, skuad Malaysia kini seakan-akan pasukan belasahan sahaja. Dalam aksi perempuan, Thailand sudah jauh mendahului Malaysia apabila pasukan itu layak ke pusingan akhir Piala Dunia T20 di Australia Januari 2020. Dalam ranking dunia pasukan perempuan Thailand kini di tangga ke-10.

Bekas Setiausaha Persatuan Kriket Negeri Sembilan, Selvanathan Subramaniam pula menggesa semua gabungan MCA menyuarakan ketidakpuasan dalam mesyuarat majlis akan datang tanpa gentar.

Ahli gabungan perlu membangkitkan isu pembangunan, elaun jurulatih tempatan dan pewujudan projek kriket negeri yang sehingga sekarang bagai melepas batuk di tangga.

”Saya hanya nampak MCA suka menganjurkan kejohanan yang berteraskan wang sahaja.

”Mereka suka kendali pertandingan dengan mengenakan syarat wang penyertaan yang besar bukan mendahulukan pertandingan untuk membangunkan pemain. Mana ada kejohanan kebangsaan seperti dahulu?.”

Selvanathan yang juga aktif sebagai pengacara program antarabangsa mahu Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman agar mengawasi MCA yang lebih pandai bercakap sahaja.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Iskh.iskh..iskhhh… masih x habis2 lagi!!! 🤬Degilnya susah nak cakap…Bangkitlah semua affiliate Kriket Malaysia..sampai bila kamu nk lihat sukan yg pernah naik dan semua berasa bangga dengan pencapaian negara. Jangan hanya tahu duduk untuk menjamu mata sahaja..kalau setakat nk jawatan utk kepentingan diri p lah cari parti politik ke apa..Bantulah membangunkan sukan yg dah la x popular di Malaysia tp lagak great saja.. realisasikan impian segelintir pencinta kriket uyk tgk Malaysia di diiktiraf di dunia sbg salah satu test nation!! Buktikanlah pada semua!!!

    Wahai kepala2 di Kriket Malaysia…Tolonglah 🙏🙏🙏 jangan hanya tahu nak mendabik dada saja terasa diri terlalu gah..sedangkan apa pun x da.. kalau rasa diri tu dh x releven lagi tlg dgn hormatnya letak jawatan..nak collect duit utk diri sendiri p cari kt tmpt lain…kami sayangkan sukan ni…mungkin dah smpi masa bagi pulak generasi muda ambil alih..mungkin x player ker…kan..🤔

    Kami dh bosan asyik dengan semua sandiwara saja..kami nak main!!! Dengan bangga untuk negara TERCINTA!!!

    This sport is as pure as our “white” clothes when playing!! stop talking “bullshit” and hypocritical. And i suggest you better start working!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here