Mata hampir buta, gara-gara suka pesan makanan online

0
323

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

Membuat pesanan makanan secara dalam talian (online) kini menjadi budaya masyarakat. Namun begitu, kemudahan yang mudah dan praktik juga memudaratkan kesihatan manusia.

Seorang lelaki berusia 33 tahun dari Wuhan, Hubei, China secara tiba-tiba menjadi buta kerana kebiasaannya melakukan pesanan secara dalam talian. Lelaki yang dikenali sebagai Lu sebelum ini tidak mempunyai masalah penglihatan.

Lelaki itu mempunyai penglihatan yang bagus tetapi pada bulan lalu dia mendapati ada bayangan muncul dalam penglihatannya. Awalnya, dia beranggapan perkara itu disebabkan keletihan, lapor OKENews.

Lu berusaha untuk mengatasinya dengan berehat tetapi ia tidak hilang dan selepas tiga minggu dia memutuskan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

Dia pun berusaha menenangkan diri dengan berehat, namun bayangan tersebut tetap sahaja tidak hilang dari pandangannya. Setelah tiga minggu mengalami gangguan, dia pun memutuskan mendapatkan pemeriksaan daripada doktor.

Menurut doktor, apa yang berlaku kepada Lu adalah disebabkan oleh komplikasi diabetes yang mempengaruhi mata. Lalu, apa hubungannya dengan kebiasaan pesan makanan secara dalam talian.

Masalahnya lelaki itu yang masih bujang adalah terlalu bergantung kepada makanan ringan dan air berkarbonat sehingga kadar gula darah Lu adalah 17.2 mmol / L sebelum makan.

Lu didapati mempunyai diabetes sejak empat hingga lima tahun lalu dan mata yang mengalami kerosakan pada pembuluh darah di belakang mata boleh buta sepenuhnya jika gagal dirawat dengan baik.

Bebasnews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here