PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim menafikan maklumat tersebar bahawa beliau ke Istana Negara di Kuala Lumpur pagi ini.

“Itu abaikan sebab itu berita palsu. Itu benda (tuduhan) yang berat. Tak betul.

“Pagi ini saya di sini,” katanya menjawab soalan pemberita di parlimen pagi ini.

Beliau juga ditanya sama ada ada beliau berusaha untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tak ada. Saya jumpa yang tiga minggu sudah (16 Oktober) itu mengadap biasa. Itu pun kita viral dalam Facebook, di Istana Melawati.

“Bukan nak rahsia, tidak ada langsung. Ini cuma percubaan untuk laga-lagakan di kalangan yang tiada kekuatan. Bila tiada kekuatan, dia akan gunakan fitnah dan penipuan,” kata Anwar.

Sebelum itu, pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil turut menafikan mesej yang memetiknya sebagai mengesahkan Anwar hadir ke Istana Negara pagi ini.

Beliau menyifatkan penyebaran maklumat itu sebagai taktik kotor yang bermotifkan politik dan akan membuat laporan polis berkaitan perkara itu.

Sementara itu, seorang pegawai Anwar juga menafikan perkara itu kepada Malaysiakini.

“Tidak ada perkara sebegitu,” kata setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah.

https://www.malaysiakini.com/news/500525

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here