Oleh DATO PROF EMERITUS DR HASHIM YAACOB

SAYA menulis dengan ringkas sahaja untuk menyatakan kenapa PH kalah di Tanjung Piai. Ini adalah pandangan saya semata-mata.

Saya mendapat maklumat bahawa ramai penyokong PPBM tidak senang kerana mereka kata sangat rumit untuk bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Surat-surat yang mereka tulis kepadanya jarang berbalas.

Mereka kata mereka sangat sayang kepadanya, sanggup berjuang menyokongnya dalam pilihan raya yang lalu.

Mereka ini pasti telah mengharapkan supaya ada reaksi daripada Tun kepada surat-surat mereka itu.

Mungkinkah mereka itu telah berasa tidak begitu seronok lagi dengan PPBM.

Saya tidak fikir ramai bangsa-bangsa lain telah memberi undi kepada PH di Tanjung Piai.

— BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here