Suami Sazzy Falak tak serik-serik?

0
526

Oleh NAFSIAH JANI
 

NYAWANYA ‘hampir melayang’ dalam kemalangan berbasikal 10 Oktober lalu namun Nazril Idrus, 45, mesra dengan panggilan Naz suami kepada pelakon dan pengacara Sazzy Falak, 38, tidak pernah serik dengan aktiviti barunya ini.

Akibat kemalangan tersebut Naz terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana tulang selangka sebelah kirinya patah empat dan tiga tulang rusuknya iaitu tulang rusuk keenam, ketujuh dan ke lapannya turut retak kerana kemalangan terbabit.

“Walaupun nyawa ‘hampir melayang’ namun saya tak serik untuk meneruskan aktiviti berbasikal lagi selepas ini. Cuma lepas ini saya perlu lebih berhati-hati. Masa saya pergi hospital itupun melihat kecederaan saya mereka ingat macam saya jatuh motor sahaja.

“Kita ini manusia nasib baik tulang bersambung semula dan nasib baik tulang saya yang terkeluar kini dah masuk semula. Inilah penampilan baru saya dengan tangan berbalut sebegini dan saya perlu menggunakannya sehingga hujung tahun ini. Mungkin ada hikmahnya…hikmahnya saya kena sentiasa beringat sikit…hidup tu senang mati dan kini banyak masa saya habiskan bersama anak-anak dan keluarga,’’ kata Nazril lagi yang memulakan aktiviti baru ini sejak Januari lalu.

Mengimbas kembali kemalangan tersebut, Naz menambah, “Pagi itu macam biasa saya bersama tujuh rakan kami membuat aktiviti berbasikal menaiki bukit Hulu Langat untuk mencuba kekuatan serta mengabadikan gambar diatas bukit.

“Selesai bergambar kami turun ke tempat parking kereta. Semasa menuruni bukit, mungkin kayuhan saya laju sedikit dan tidak sedar ada lagi sedikit cerun di hadapan dengan selambanya saya mengayuh dengan sebelah tangan dan tak sedar tiba-tiba terjatuh dan kepala terhentak disebelah kiri membuatkan saya pengsan sekejap buat seketika…mungkin seminit dua.

“Lebih kurang seminggu saya terlantar di hospital untuk menjalani pembedahan. Doktor nasihatkan saya berehat selama enam bulan daripada buat aktiviti berbasikal ini. Walaupun begitu saya tak serik dan trauma pun. Mungkin lepas ini saya buat aktiviti indoor sahaja dan bila dah sihat sepenuhnya barulah kami buat aktiviti luar semula. Aktiviti berbasikal ini elok untuk membakar lemak.’’

Sesuai dengan pasangan yang sukakan aktiviti lasak, Naz dan Sazzy tidak mungkin terus melupakan minat mereka ini walaupun aktiviti ini hampir meragut nyawanya.

“Mana saya nak serik, Saya ni bekas pelajar sekolah tentera dah biasa dengan aktiviti lasak-lasak begini. Masa belajar dulu okey saja, tapi hanya naik basikal sahaja saya boleh jatuh hingga terpaksa dibedah lagi. Kami berdua sering melakukan aktiviti bersama-sama bila masa terluang,’’ ujar Naz yang juga Pengarah Urusan Syarikat Precession Capital Berhad.

Syarikat Precession Capital Berhad Sebagai penasihat kewangan untuk bisnes-bisnes yang baru hendak berkembang. Naz bersama team beliau bersedia memberi tunjuk ajar, nasihat kewangan, pelaburan, strategi bisnes, struktur, modal, mentor dan coaching.

Menyentuh mengenai dunia lakonan, Naz berkata, “Saya tak berapa minat nak berlakon kerana saya bukannya jenis yang suka menunggu lama di sebuah lokasi penggambaran. Tapi kalau penggambaran tentang dunia perniagaan saya minat. Tambah pula kalau ada pihak yang berminat nak buat kisah ahli perniagaan, Jho Low, lagilah saya suka untuk membintangi drama atau filem tersebut.’’

Nazril berkahwin dengan Sazzy atau nama sebenarnya, Sazlini Shamsul Falak pada 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang anak kembar perempuan iaitu Lily Imaan dan Tiara Rose.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here