KUALA LUMPUR — Sejumlah 644 kanak-kanak daripada lima sekolah di sekitar Kelantan menerima bantuan Program Makanan Kesihatan (ProMak) 2019/2020 yang menyediakan makanan sihat setiap hari bagi tempoh enam bulan.

Pengarah Urusan QSRBrands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, berkata Add Hope KFC memperuntukkan sebanyak RM250,000 kepada Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) bagi usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam memastikan golongan ini dibekalkan dengan makanan sihat.

Katanya YOKUK akan menyelaras dan memantau program ini untuk dilaksanakan di lima sekolah berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan Ladang Kerila, Tanah Merah; Sekolah Kebangsaan Kg. Bahagia,

Kuala Krai; Sekolah Kebangsaan Bukit Tanah, Pasir Puteh; Sekolah Kebangsaan Biak,

Dabong dan Sekolah Kebangsaan Baroh Pial, Pasir Mas.

“Program ini kemudian akan dilaksana oleh pihak sekolah dengan pemantauan oleh pegawai pemakanan dari Kementerian Kesihatan, selama enam bulan.

“Pelajar dibekalkan dengan kotak makan tengah hari yang sihat. Malnutrisi mempunyai kesan langsung ke atas kematian, pendidikan dan jangka panjang pembangunan otak.

“Selaras dengan komitmen KFC Add Hope untuk mengatasi masalah kelaparan kanak-kanak disampingmemperkasakan generasi muda ini dengan makanan berkhasiat. Mereka adalah masa depan kita, dan inilah langkah kami dalam membantu mereka mencapai potensi penuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi YOKUK, Datin Suliana Shamsuddin Alias berkata beliau juga berkata sepanjang 20 tahun YOKUK sudah membantu masyarakat kurang upaya dan kurang bernasib baik di Kelantan dengan menyediakan pelbagai bantu seperti perkhidmatan pemulihan, kesejahteraan dan penjagaan paliatif.

“Impaknya boleh dilihat bagi kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman Kelantan. Kebanyakan sekolah menunjukkan peningkatan rekod dari segi kehadiran pelajar dan pencapaian kokurikulum sekali gus membolehkan ibu bapa senang hati dan memberi tumpuan penuh untuk bekerja,” katanya.

Press Release KFC x YOKUK Promak NR v5

-BH

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here