Ikan hidup dikeluarkan dari hidung kanak-kanak

0
158

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

SUKAR untuk dipercayai bagaimana kejadian seekor ikan hidup berjaya masuk ke dalam lubang hidung seorang kanak-kanak lelaki tetapi itulah hakikatnya.

Kejadian ini berlaku di India Selatan, apabila seekor ikan kecil meloncat dari kolam air dekat rumah kanak-kanak berusia 13 tahun baru-baru ini, lapor OKENews.

Ketika kanak-kanak itu di bawa ke hospital, ikan masih hidup dan terus bergerak dalam lubang hidung menyebabkan dia rasa sakit dan sukar untuk bernafas.

Setelah diperiksa, doktor menemukan ikan itu dalam lubang hidung sebelah kiri dan prosedur segera dilakukan untuk mengeluarkannya.

Setelah 30 minit menahan kesakitan, ikan hidup itu pun berjaya dikeluarkan dikeluarkan.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here