Johor bentang belanjawan lebihan 10 tahun berturut-turut

0
184

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

 

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan  negeri Johor hari ini membentangkan belanjawan lebihan untuk tahun kesepuluh berturut-turut dengan menyaksikan surplus sebanyak RM2.36 juta.

Belanjawan lebihan itu untuk tahun kedua di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentangkan buat julung kalinya oleh Menteri Besar Johor ke-17, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Belanjawan Johor 2020 dengan tema ‘Memakmur dan Mensejahtera Johor Bestari’ itu mengandungi enam teras strategik, iaitu Mensejahtera Rakyat, Memakmur  Ekonomi, Melestari Alam Sekitar, Membangun Modal Insan dan Memperkasa Syiar Islam.

“Dua teras lain adalah Mengukuh Jati Diri dan Memugar Warisan Budaya serta Menambah baik Tadbir Urus yang Cekap dan Berintegriti.

“Dalam Belanjawan Johor 2020, kerajaan negeri telah menyenaraikan sebanyak 183 titik fokus untuk dilaksanakan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020, di sini.

SAHRUDIN JAMAL melambai kepada wartawan dan jurugambar sebelum membentangkan Belanjawn Johor 2020.

Beliau berkata, anggaran hasil kerajaan negeri pada tahun 2020 mencapai RM1,785.99 juta,  sekali gus meletakkannya sebagai anggaran hasil yang tertinggi dalam sejarah penyediaan Belanjawan Negeri Johor.

“Ini bermaksud anggaran kutipan hasil bagi tahun depan meningkat sebanyak 15.02 peratus berbanding tahun 2019.

“Berdasarkan kedudukan kewangan negeri yang terus berdaya tahan, maka kerajaan negeri mencadangkan anggaran perbelanjaan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM1,783.63 juta.

“Secara keseluruhannya, Belanjawan Johor 2020 dijangka akan mengalami lebihan sebanyak RM2.36 juta berpunca daripada dasar fiskal negeri yang berkesan dengan melaksanakan perbelanjaan berhemah dan berintegriti selain pengurusan cekap atas hasil yang mampan,” katanya.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here