ILUSTRASI: Poster anti-Nazi di Imperial War Museum, London.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

 

MANA-mana masyarakat pun boleh berpecah dan bermusuhan jika pemimpin bersikap populis, guna isu bangsa atau agama untuk tanam rasa marah dan kebencian.

Menurut kajian PEW Research Centre, pada 2007 terdapat hanya 20 negara berdepan dengan konflik sedemikian yang dicetuskan oleh pemimpin sendiri. Bagaimana pun, angka meningkat kepada 90 pada 2017 disebabkan penyalahgunaan media sosial untuk menularkan fitnah dan pemalsuan maklumat.

Banyak contoh dalam sejarah boleh dilihat di serata dunia, antaranya :

* Kemboja

* Georgia (Abkhazia)

* Serbia/Bosnia

* Jerman (Nazi)

* Thailand

* Cameroon

* Syria

* Iraq

* Sri Lanka

* Nigeria

* Chad

* Amerika Syarikat (selatan)

* Niger

* India

* Malaysia

* Perancis (isu Charlie Hebdo)

* Chechnya

* Zaire

* Rwanda

* Afghanistan

* Bahrain

* Bangladesh

* United Kingdom

* Israel

* Slovenia

* Moldova

* China (Uighur)

* Myanmar (Rohingya)

* Belanda (Geert Wilders)

* Burkina Faso

* Djibouti

* Somalia

* Sudan

* Uganda

* Tunisia

* Ukraine

* Finland (Neo-Nazi)

* Pakistan

* Brazil

Pendekatan yang diambil dalam banyak keadaan ialah dengan menghasut kononnya hak penduduk ‘asal’ sesebuah negara semakin terancam dan puak ‘pendatang’ semakin melampau.

Selain itu, agama juga menjadi alat tunggangan dengan menakut-nakutkan kumpulan agama tertentu bahawa pegangan agama mereka semakin terhakis dan terancam disebabkan pengaruh dan hasutan yang tidak terbendung.

Apa pun keadaan pastinya masalah kerakusan dalam kalangan ahli politik untuk mengukuhkan kuasa atau meruntuhkan pihak lawan tidak akan berakhir jika sifat kemanusiaan dan elemen asas agama tidak dipraktikkan bagi memupuk masyarakat yang bertoleransi dan beradab.

Sememangnya ada penyelesaian untuk masalah ini seperti yang dapat dilihat di beberapa negara di mana pelbagai kaum dan agama hidup saling hormat dan menghormati antara satu sama lain.

Yang utama ialah sikap orang ramai menolak sebarang berita atau maklumat rambang yang tidak mengemukakan bukti jelas tentang sesuatu perkara.

Sesiapa pun mampu membuat cerita dan berita, tapi akhirnya yang perlu menggunakan akal dan pertimbangan ialah penerima itu sendiri.

Kita mampu menyekat keadaan ini daripada menjadi lebih buruk, dan kita boleh lakukan sekarang.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here