Saintis Australia mampu kitar semua jenis sampah?

0
235

Oleh FAUZAN UDA AHMAD
SEJUMLAH saintis Australia berjaya mencipta teknologi yang mampu mengitar semula semua jenis sampah yang sebelum ini gagal untuk kitar semula.

Teknologi yang dipatenkan itu ditemukan oleh Len Humpreys dan Profesor Thomas Maschmeyer dari Sydney University, lapor ABC Indonesia.
Australia kini berdepan dengan masalah besar untuk mengitar semula sampah plastik yang dibuang sebanyak 3.5 juta tan setahun oleh warganya.

Hanya 10 peratus yang boleh di kitar semula ketika ini, manakala bakinya dibakar, ditanam atau dihantar ke luar negara.

Indonesia menjadi salah satu destinasi pembuangan sampah plastik.

Pada September lalu, Indonesia bertindak memulangkan kembali sembilan kontena sampah seberat 135 tan ke Australia dan China juga telah menghentikan pengambilan bahan kitar semula dari Australia sejak tahun 2018.

Menurut Dr. Humphreys, timbunan sampah plastik kini boleh dijadikan bahan bakar atau dijadikan kembali plastik baharu.

Beliau yakin ia dapat dilakukan dengan menggunakan teknologi Catalytic Hydrothermal Reactor (Cat-HTR) dengan mengubah bahan-bahan berkenaan menjadi cairan dan bahan kimia asalnya.

Dr. Humphreys berkata, teknologi Cat-HTR yang dipatenkan berbeza daripada teknologi sebelumnya yang mengubah plastik menjadi minyak, seperti pirolisis, yang mana prosesnya lebih melibatkan pemanasan bahan-bahan berkenaan pada suhu sangat tinggi.

Teknologi ini pun dapat mengitar semula apa pun dari kotak susu dari bahan karton ke pakaian selam dan bahkan produk kayu. Ini bererti produk plastik dapat di kitar semula secara berulang kali.

Setelah menguji cuba teknologi selama dekad terakhir di kilang percontohan di New South Wales, syarikat Licella sekarang siap untuk membawa ideanya ke pasaran.

Syarikat Licella membuka kilang kitar semula komersial pertamanya di England, yang mendapat bantuan kerajaan dan mempunyai dasar alam sekitar lebih baik berbanding di Australia.

Profesor Damian Guirco, Pengarah Institute for Sustainable Futures di University of Technology Sydney, mengakui bahawa teknologi itu boleh menjadi salah satu bahagian dari penyelesaian tetapi masalah lebih besar adalah untuk mengurangkan penggunaan plastik yang berlebihan.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here