Penternak rayu menteri pertanian tidak pinggirkan kisah padang ragut Bidor

0
451
KAWASAN yang sama pada 1998 setelah Manaver membangunkan dengan perbelanjaan sendiri kemudahan-kemudahan seperti kandang lembu, rumah kediaman dan lain-lain bagi menjayakan usahanya sebagai penternak di Padang Ragut Bidor, Perak.

Oleh GHULAM SARVER MOBARAK ALI
 

BIDOR – Seorang penternak, Manaver M. Ali, 58,  merayu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri  Salahuddin Ayub tidak meminggirkan kisah  Padang Ragut Bidor, Perak yang telah disampaikankan kepadanya melalui emel  bulan September tahun lalu dan surat pada Februari tahun ini.

Emel dan beberapa  surat juga telah dihantar kepada Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan dari September 2018 hingga September tahun ini mengenai isu yang sama.

Katanya, kisahnya sama getir dengan Wak Ibas, petani dari Sungai Besar, Selangor yang membuatkan Salahuddin menitiskan air mata pada 14 Februari lalu dalam suatu majlis di Serdang.

Beliau percaya, jika pegawai-pegawai Salahuddin  memberikan maklumat terperinci mengenai pelbagai cabaran dan  rintangan yang dilaluinya sebagai penternak, Menteri Pertanian itu sudah pasti telah dapat menyelesaikan masalahnya.

KENANGAN… Manaver berdiri di kawasan yang bakal dibangunkan dengan kandang lembu, rumah kediaman dan tanaman rumput di Padang Ragut Bidor, Perak pada 1995.

Namun sehingga kini, tiada khabar berita daripada pejabat Salahuddin.

Manaver,  graduan  lulusan  Chartered Institute of  Management Accountants (CIMA) meletak jawatan sebagai pegawai di sebuah bank di Kuala Lumpur untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan setelah ditawarkan menternak di Padang Ragut Bidor, Perak di bawah  kelolaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada 1995.

Usaha ternakan di kawasan itu kini diteruskan oleh anaknya, Muhamad Abbas, 25, graduan universiti tempatan sejak Julai 2017.

Kata Manaver, beliau  merayu Kementerian Pertanian mematuhi  keputusan mesyuarat pada 10 Jun 2008 di Putrajaya mengenai padang ragut itu  yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian ketika itu, Datuk Dr. Zulkifli Idris.

Berikut penjelasan isu yang dikemukakan:

Isu padang ragut Bidor
-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here