MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub akui beliau menulis surat kepada perdana menteri menyokong tender berkaitan kementeriannya diberi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Semalam, Presiden MCA, Wee Ka Siong mempersoalkan pemberian projek pembekalan input pertanian sektor padi kepada Nafas, yang melibatkan peruntukan RM1.4 bilion, mendakwa ia diberi secara rundingan terus walaupun tewas dalam persaingan tender terbuka.

Salahuddin pada sidang media hari ini menjelaskan tender itu belum diberikan kepada sesiapa kerana Kementerian Kewangan belum memutuskan siapa yang akan dapat projek itu.

Beliau juga menafikan ia suatu skandal.

Wee, di Dewan Rakyat semalam, mendakwa terdapat suatu surat bertarikh 7 Nov 2019 daripada seorang menteri kepada perdana menteri memohon melantik Nafas secara rundingan terus bagi tempoh 3 tahun dari 2020 hingga 2022.

Beliau menuntut Salahuddin sendiri menjelaskan kenapa harus membatalkan syarikat-syarikat yang sudah terpilih melalui proses tender terbuka, kenapa projek itu harus dianugerahkan kepada Nafas, dan kenapa pemilihan itu harus secara rundingan terus.

Timbalan Menteri Sim Tze Tzin menolak dakwaan kerajaan membatalkan pemilihan tiga kontrak berkaitan padi melalui tender terbuka sebelum ini.

“Proses ini sedang berjalan, menteri dan timbalan menteri tidak campur dalam proses tender,” katanya di Dewan Rakyat.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/22/salahuddin-akui-tulis-surat-kepada-pm-sokong-beri-tender-pada-pertubuhan-peladang/

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here