KANGAR — Kerajaan negeri tidak perlu meminda enakmen berkaitan penetapan penetapan had umur perkahwinan kerana sudah menetapkannya pada had umur 18 tahun sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, berkata had umur bagi pasangan yang ingin berkahwin di Perlis masih kekal pada usia 18 tahun seperti ditetapkan.

Jelasnya, kerajaan negeri juga tidak menghalang perkahwinan di bawah usia 18 tahun, asalkan pasangan terbabit mendapat keizinan keluarga atau wali.

“Saya sudah katakan sebelum ini, perkara ini (perkahwinan bawah umur 18 tahun) diletak dibawah bidang kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAIPs) dan tiada apa perlu dipinda.

“Kita juga tidak mempunyai masalah jika ada pasangan berusia bawah 18 tahun ingin berkahwin jika dibenarkan ibu bapa dan wali, maka tiada masalah,” katanya ketika dihubungi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini, memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan sedang menyiapkan Draf Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur.

Lima negeri lain yang menyatakan persetujuan meminda perundangan adalah Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak.

Tujuh negeri yang tidak bersetuju meminda perundangan berkaitan adalah Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.

-BH
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here