Mintalah Dengan Allah

0
212

Oleh AHMAD TARMIZI ABDUL RAHIM

CELIK mata awal pagi, Alhamdulillah kita masih sihat dan mampu bernafas seperti biasa. Masih boleh bangun bergerak ke bilik air, mandi dan bersiap ke tempat kerja.
Sebelum bergegas, sempat juga bersarapan. Alhamdulillah rezeki, lidah juga masih mampu merasa pahitnya kopi. Hidung membau aroma haruman biji kopi dan kelemakan nasi lemak.

Itu hanya sedikit. Terlalu banyak nikmat kurniaan Pencipta yang dilupakan oleh makhluk. Imbas kembali, siapa yang menghidupkan kita, siapa yang memberikan jasad, siapa yang memberikan udara yang sedang kita hirup sekarang? Siapa yang membenarkan kita berpijak pada bumi ini? Siapa yang memberikan tenaga untuk menggerakkan setiap langkah kaki kita? Siapa yang memberikan kita mata untuk melihat? Siapa?

Tetapi apabila kita mempunyai masalah, gembira, bahagia, semuanya diadukan kepada “dinding muka buku”, kononnya minta perhatian sesama makhluk, dambakan pujian makhluk, sedangkan makhluk yang langsung tidak mampu mengadakan yang tiada melainkan dengan keizinan Allah, Raja Alam semesta.

Makhluk sebenarnya terlalu lemah. Maka mintalah daripada yang selayaknya.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah S.A.W bersabda :

“Allah SWT berfirman: ‘Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku.Dan Aku bersamanya jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku akan juga mengingatinya dalam diri-Ku.Sekiranya dia mengingati-Ku sepenuhnya, maka Aku juga mengingatinya lebih baik daripadanya (mengingati-Ku). Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta.Jika dia mendekati Aku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Dan jika dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari.”

(Riwayat Bukhari, al-jami’ al-Sahih al Mukhtasar, Dar Ibn Khatir, Beirut, 1987, Jil 6, halaman 2649 , no 6970)

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here