Salih Yaacob tidak serik tambah isteri?

0
3252
SALIH bersama anak-anak perempuannya

Oleh NAFSIAH JANI

 

PADA 25 November lalu genaplah 58 tahun usia pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara, dan penyampai radio, Salih Yaacob yang lebih dikenali sebagai Abang Jem melalui celotehnya disaluran radio Sinar.

Sempena hari bersejarah itu ketiga-tiga isterinya, Norlizah Mamat (56), Nor farahwahida (41) dan Samihah Sheikh Ali (31) telah meraikan sambutannya secara bersederhana sahaja sesama mereka. Salih dan isteri keduanya, Raha bercerai pada tahun 2016.

Ditanya mengenai mencukupkan kembali koutanya beristeri empat, Salih yang membahasakan dirinya dengan panggilan Abang menambah,”Abang bukan bercita-cita nak kahwin empat atau lima…memang tak ada…mungkin ini takdir Allah untuk Abang.

“Dari dulu lagi kerja menambah isteri ini bukan kehendak abang kerana abang bukannya mencari perempuan di sana sini. Tapi ini amanah Allah dan mungkin perempuan-perempuan tertarik dengan abang kerana amalan dan akidah serta ilmu agama yang abang miliki buat mereka tertarik untuk mendekati.

“Abang tahu ramai yang mengutuk kerana kes beristeri empat ini kerana mereka memandang daripada segi hukum hakam. Namun apa yang abang nak cakap, abang kahwini mereka sebab ingin membimbing mereka agar beriman dan melaksanakan perintah Allah.’’

SALIH bersama ketiga-tiga isterinya ketika sambutan harijadinya baru-baru ini

Sejak menamatkan kontraknya selama 13 tahun bersama radio Sinar sejak pertengahan tahun ini kini Salih banyak menghabiskan masa bersama keluarga serta 13 orang anak-anaknya berserta lima orang cucu yang bakal menjadi enam orang awal tahun nanti.

Salih bersyukur kerana dikurniakan isteri –isteri yang baik dan sentiasa ada ketika saat susah dan senangnya.

“Baru-baru ini Abang pernah jatuh bilik air dan waktu itu Abang rasa nyawa dah nak habis. Abang terpaksa merangak-rangkak waktu hendak keluar dari bilik air itu hingga berpeluh-peluh. Sempat abang pesan pada isteri-isteri kalau ada jalan lagi… jangan berhenti berdoa kepada Allah untuk sihatkan abang kembali.

BERSAMA anak-anak,menantu dan cucunya

“Tak sangka lepas itu Abang pulih kembali. Itu sebabnya Abang kata, abang kahwin kerana Allah dan kini impian abang nak bawa isteri-isteri abang ke Jannah dan itulah tanda-tanda Jannah tersebut,’’ ujar Salih lagi.

Sementara menunggu peluang kerjaya baru, kini Salih berehat-rehat sambil mengintai peluang yang ada.

Dijangka awal tahun 2020 Salih bakal membuat youtube sendiri yang diberi nama Sweet TV.

“Abang harap pengikut abang akan ikuti setiap youtube yang abang buat nanti, Buat permulaan mungkin Abang fokus pada kisah percutian serta tempat-tempat menarik yang patut dilawati di Malaysia. Mungkin ada bajet abang akan jemput mana-mana artis di Malaysia untuk bersama-sama program tersebut,’’ kata Salih lagi.

-BebasNews

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here