Warga Selangor kini solat lewat lapan minit

0
275

KUALA LUMPUR – Umat islam di Selangor akan menunaikan solat subuh lapan minit lewat daripada waktu asal semasa mulai subuh pagi esok (29 November).

Ini bermakna solat subuh akan bermula pada pukul 5.48 pagi berbanding 5.40 pagi berdasarkan Takwin 2019.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataannya berkata, perubahan yang merupakan tambahan masa sebanyak lapan minit dibuat hasil kajian kecerahan langit waktu subuh yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama penyelidik Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Perkara ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 116 dan telah diperkenankan oleh Sultan Selangor pada 28 November untuk dikuatkuasakan bagi negeri Selangor.

Waktu solat terkini bagi tahun 2020 Negeri Selangor boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Mufti Negeri Selangor, http://www.muftiSelangor.gov.my

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here