KUALA LUMPUR – Gergasi telekomunikasi China, China Mobile, menerusi anak syarikat luar negaranya, China Mobile International (CMI) telah melancarkan Pusat Perkongsian Pintar (SSC) global yang pertama di Cyberjaya.

Pembukaan SSC itu menandakan permulaan baru CMI yang merancang pengembangan operasinya di rantau ini.

CMI dalam kenyataannya berkata, dengan mengambil kira bilangan bakat yang besar di Malaysia, operasi terkini CMI akan berpusat di pejabat sedia ada di Menara i-Tech, yang akan mengendalikan kewangan kumpulan, undang-undang dan sumber manusia dan beberapa fungsi lagi akan datang.

Pembukaan SSC itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas pemilihan Malaysia sebagai pusat SSC yang pertama.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
Datuk Ng Wan Peng, Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd., Mohd Najib Ibrahim, dan Pengarah, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan CMI, Lei Liqun.

Dengan kehadiran CMI di Malaysia ia akan menyediakan pelbagai perkhidmatan perkongsian sekali gus mengukuhkan keupayaan teknologi tempatan khususnya di dalam Industri 4.0. Sebagaimana anda sedia maklum, teknologi IR4.0 telah banyak menyokong pembangunan industry telekomunikasi dan digital Malaysia dan telah dikenalpasti sebagai pemboleh utama untuk pembangunan industri di Malaysia, terutamanya bagi industri perkhidmatan dan pembuatan,” kata Ong.

Sementara itu, Lei berkata, inilah masanya untuk CMI mengembangkan operasinya menerusi SSC bagi memanfaatkan kebolehan pelbagai bahasa, infrastruktur yang mantap, sokongan kuat dari kerajaan bagi pemusatan perundangan global, fungsi sumber manusia dan kewangan.

“Bergerak ke hadapan, SSC dijangka memainkan peranan penting bagi meningkatkan kecekepan di dalam operasi keseluruhan teras perniagaan CMI. Sebagai operator terbesar telekomunikasi di dunia, kami yakin CMI mampu meningkatkan nilai yang kami sediakan kepada para pelanggan dan perkhidmatan secara global,” katanya.

Sementara itu, Ng berkata, kehadiran SSC CMI membuktikan keupayaan Malaysia sebagai lokasi strategic untuk perkhidmatan digital yang dikuasakan oleh teknologi Industri 4.0 seperti automasi dan analisis data.

“MDEC amat yakin dengan melabur di Malaysia, CMI akan membawa kepakaran dan ilmu ke negara ini bagi menambah ekosistem bakat dan inovasi sekali gus memanfaat negara ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Pengarah Urusan CMI Malaysia, Hew Chee Chung berkata, sebagai firma global yang berfikiran ke hadapan, CMI sentiasa mengambil peluang untuk melihat ke hadapan untuk agar boleh dilakukan dengan cekap sekali.

Operasi pertama CMI yang ditubuhkan lebih dari tiga tahun lalu, menawarkan teknologi canggih syarikat, pengalaman beroperasi secara global dan penyelesaian teknologi maklumat yang tiada tandingan.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here