KAC tawar kepakaran bantu bebas hutang kronik

0
478

Oleh DALIZA ARIFFI

KUALA LUMPUR – Jika berdepan dengan masalah kewangan dan merasakan dengan membuat permohonan pinjaman baharu dari institusi kewangan lain boleh menyelamatkan keadaan, maka ini merupakan satu tindakan yang salah.

Pengasas syarikat Khairi Aizat Consultancy, Khairi Aizat Hasan berkata, jika tabiat ini diteruskan, lambat laun ia akan membawa kepada isu berkaitan meminjam daripada Ah Long atau syarikat kewangan berlesen yang mengenakan kadar faedah tinggi.

“Maka ini satu petanda bahawa bebanan hutang anda berada pada tahap kronik dan berdasarkan pepatah ‘Gali lubang tutup lubang’ untuk menyelesaikan masalah tersebut, adalah gagal” katanya dalam satu sesi temubual bersamanya di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Khairi menjelaskan, tindakan tersebut akan hanya merumitkan lagi keadaan malah boleh memberi kesan negatif kepada si penghutang sehingga boleh menjejaskan tahap kesejahteraan hidup, tekanan dan kemurungan yang boleh mengundang masalah kesihatan.

Bagaimanapun, firma rundingan yang beribu pejabat di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor ini bersedia membantu mereka yang sedang bergelut dengan masalah pengurusan hutang & kewangan masing-masing. Menurut Khairi Aizat, idea membina empayar perniagaannya itu diasaskan daripada pengalaman lalunya yang terjebak dengan kemelut hutang sehingga ke tahap kronik pada usianya sekitar 28 tahun.

Jelas beliau, ia berpunca daripada masalah ketiadaan ilmu pengurusan kewangan yang betul walaupun hakikatnya beliau sendiri berkhidmat di dalam industri perbankan selama lapan tahun di Kuala Lumpur.

“Ketika itu, saya berdepan dengan masalah hutang yang kronik berpunca daripada hutang pinjaman peribadi, kereta, rumah dan kad kredit, namun kesedaran datang awal dan saya berusaha menyelesaikannya dengan disiplin dan sistem pengurusan kewangan yang betul.

“Saya mahu berkongsi rahsia kejayaan itu dengan mereka yang kini hatinya tidak tenang sepanjang masa memikirkan tentang bebanan hutang yang melampau.

“Disokong dengan kemahiran dan pengalaman meluas dalam bidang pembiayaan institusi perbankan, saya sedia membantu menunjukan jalan bagaimana mengunakan kemudahan bank dengan betul untuk mencapai misi bebas bebanan hutang,” jelasnya.

Tambah beliau, KAC sedang menganjurkan Bengkel Penstrukturan Semula Hutang yang telah bermula pada bulan Oktober lalu dan seterusnya setiap bulan hingga sepanjang tahun 2020.

Khairi Aizat menerangkan, program yang telah diperkenalkan setahun setengah yang lalu kini telah dijenamakan semula bagi disesuaikan dengan perubahan gaya hidup masyarakat masa kini.

Menurutnya, bengkel yag berlangsung selama setengah hari yang dikenakan yuran berpatutan itu akan membantu para peserta menstruktur semula semua hutang mereka mengunakan formula yang disediakan untuk mencapai hidup bebas bebanan hutang.

“Mereka hanya perlu membawa penyata pendapatan terbaharu dan salinan laporan rekod kredit iaitu CCRIS yang boleh didapati secara percuma daripada Bank Negara Malaysia.”

Dengan adanya dokumen ini para peserta bakal mengetahui tahap kesihatan kewangan mereka samada berada pada tahap sihat atau kronik, setelah mengenal pasti tahap masing-masing maka peserta bakal menyusun sendiri kewangan mereka mengunakan formula dan strategi bebas bebaban hutang.

Hasil yang bakal dikecapi para peserta dalam bengkel ini adalah antaranya merendahkan komitmen hutang bulanan, mendapatkan diskaun faedah daripada bank, penyediaan tabung kecemasan permulaan RM10,000, membina pendapatan pasif bulanan sehingga RM666 setiap bulan dan memiliki hartanah dibawah nilai pasaran.

Tambah beliau, sehingga kini, Bengkel Penstrukturan Semula Hutang itu telah berjaya membantu lebih daripada 200 peserta bebas daripada masalah bebanan hutang daripada pelbagai status rekod hutang, latar belakang dan kerjaya.

“Kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada mereka yang berumur 30 tahun dan keatas dan majoritinya ialah daripada penjawat awam.

Orang ramai yang mahu mendapatkan keterangan lanjut mengenai bengkel yang diadakan boleh mendaftar melalui talian 010-2210 654.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here