FOTO: UNCHR

APAKAH gerangannya yang sedang melanda orang Islam di dunia sekarang ini?

Bermula dengan penindasan terhadap rakyat Islam Palestin oleh puak laknattullah Yahudi yang kini berterusan tanpa siapa pun mengambil kisah termasuk Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Ini diikuti penindasan dan kekejaman ke atas kaum Rohingya di daerah Rakhine, Myanmar hingga berjuta mereka terpaksa lari meninggalkan kampung halaman.

Beribu di antara orang Rohingya ini kini menetap di Malaysia kerana takut hendak pulang kerana keganasan tentera Myanmar membunuh, merogol dan menyeksa orang Islam, termasuk kanak-kanak.

Rumah dan kampung halaman mereka dibakar dan dimusnahkan. Orang Rohingya yang berada di Malaysia hanyalah sebilangan kecil daripada masyarakat yang malang ini.

Berjuta lagi telah lari ke Bangladesh dan tinggal di khemah-khemah menyedihkan di Cox Bazaar.

Malangnya Asean yang turut dianggotai Myanmar diam seribu bahasa. Penindasan dan kekejaman berterusan itu tidak diberi perhatian pun.

Takkan hanya di atas prinsip tidak mencampuri urusan dalaman negara anggotanya hinggakan tindakan melampau umpama program zalim pembersihan etnik dibiarkan sahaja tanpa ditangani sedikit pun?

Kemudian terpapar pula berita bagaimana sebuah masjid di India dihancurkan hanya kononnya ia dibina di atas sebuah kawasan yang didakwa sebagai tempat kelahiran salah satu daripada tuhan agama Hindu?

Selepas ini pelampau Hindu pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi mungkin akan membuat tuntutan lain pula. Memandangkan mereka mempunyai beribu tuhan apakah beribu lagi masjid akan dimusnahkan?

Terakhir terpampang pula berita bagaimana kaum Uighur di Xinjiang China ditahan dan diindoktrinasikan supaya melepaskan agama Islam yang dianuti mereka dengan cara tidak dibenarkan membaca al-Quran, berpuasa dan sebagainya. Dalam pada itu mereka dipaksa pula mempelajari ajaran komunis.

Apakah belum masanya untuk OIC (Pertubuhan Negara-Negara Islam) membantah segala tindakan rakus yang memangsakan masyarakat Islam?

Oh I See…

— BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here