Singapura beri amaran tiga produk mengandungi bahan dilarang

0
274

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

TIGA jenis produk yang didapati mengandungi bahan-bahan bahaya, termasuk bahan dilarang mendorong Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakannya.

Produk berjenama ‘Milan Latte’ dan ‘Choco Lose For Fitness’ didapati mengandungi bahan yang diharamkan pada 2010 kerana risiko serangan jantung dan strok yang tinggi, lapor CNA.

Satu lagi produk, Valentus Slimroast Dark Roast Coffee pula mengandungi bahan perangsang phenthylamine yang boleh menyebabkan ketagihan.

Bahan tersebut juga boleh menyebabkan degupan jantung yang terlalu cepat dan mengkhayalkan, selain menjejaskan fungsi hati, buah pinggang hingga membawa maut.

Semua produk berkenaan dibawa ke perhatian HSA oleh pengguna yang mengadu mengalami alahan, termasuk sukar bernafas, degupan jantung tidak teratur, pening, berasa mual dan kurang nafsu makan.

Sementara itu, produk berjenama ‘Milan latte’ didapati mempamerkan akuan termasuk “boleh mengurangkan pembesaran sel-sel kanser”.

‘Choco Lose For Fitness’ dipasarkan sebagai produk yang mempercepatkan pembakaran lemak, sementara ‘Valentus Coffee’ mendakwa mampu ‘membakar lemak untuk tenaga’ dan ‘memperbaiki peredaran darah dan bekalan oksigen’

Semua produk tersebut dijual dalam media sosial.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here