Benarkah pemimpin kita hipokrit?

0
334

Oleh AZIZI AHMAD

Sejak Malaysia diambil alih oleh pemerintahan terkini, banyak persembahan drama teater dapat kita saksikan.

Jika sebelum ini drama harian adalah berbentuk ‘kuasa’ terkini pulak berbentuk ‘teater jenaka dan maharaja lawak’.

Pernah juga beberapa komen dalam media hiburan yang menyentuh mengenai kegemaran dan kegilaan orang kita terhadap ‘maharaja lawak’, jika terlalu banyak melawak dan bergurau maka pemikiran kita juga ‘terlawak’ jadinya; dan jelas ianya sudah berjangkit kepada pemimpin pilihan rakyat yang kini banyak mempersembahkan ‘lawak tidak cerdik’.

Dalam sesebuah negara, pastinya banyak kemunafikan atau hipokrasi di yang terserlah terutamanya dalam politik dan kehidupan seharian.

Tahap keburukkannya boleh dilihat di media setiap hari; perlukah seseorang ahli politik berlaku tidak baik dan tidak sihat untuk menjadi wakil rakyat yang berkesan atau sememangnya ramai dikalangan ahli politik dan pemimpin sememangnya ‘bermasalah mental’?

Perkataan ‘hipokrasi atau munafik’ dikatakan berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud “memainkan peranan atau pelakonan teater”.

Oleh itu, kita mungkin boleh menyimpul bahawa: Seorang hipokrit atau munafik adalah seseorang yang berpura-pura menjadi seseorang yang bukan diri beliau.

Seseorang itu terkenal kerana peranan beliau memimpin NGO hal ehwal keselamatan, memerangi anasir subversif termasuk pengganas; terlibat dengan rundingan damai dan sebagainya.

Banyak jasa bakti beliau jika dilihat; tetapi dalam masa yang sama beliau terlibat dengan perjanjian tidak rasmi kemasukan warga asing antara negara.

Dia seolah-olah bersih dan hebat  seperti tidak ada kena mengena langsung dengan sebarang transaksi; jadi adakah anda akan tetap memanggil beliau sebagai seorang wira yang hipokrit/munafik?

Ia bergantung kepada apa motif beliau, sama ada dia patut berpura-pura berlakon sebagai jaguh atau tidak.

Kita tentu menganggap bahawa dia tidak langsung tidak dalam urusan ini, jadi dia bukan munafik.

Seseorang hipokrit/munafik adalah orang yang berpura-pura menjadi seseorang yang bukan dirinya, dan tahu dia tidak, tetapi berfikir beliau harus berlakon atau berpura menjadi seseorang.

Sekarang bayangkan watak lain, seseorang yang ditugaskan menjaga kebajikan; tetapi beliau agak jahil dalam urusan kebajikan dan bermotif ‘aku buat kerja sahaja’ dan tidak sebenar membantu mereka yang memerlukan dan tidak peduli sangat terhadap mereka yang memerlukan.

Lebih-lebih lagi, beliau tidak fikir beliau harus peduli terhadap orang yang memerlukan; ini adalah kerana beliau berfikir bahawa sifat seperti ini lemah dan tidak layak.

Belaiu menerima tugas dan tanggungjawab semata-mata kerana beliau fikir akan mendapat peluang untuk mendapat habuan yang lebih banyak dari yang tersedia sekarang.

Beliau tidak percaya pada nilai-nilai murni yang sepatutnya beliau punyai sendiri, dalam hal ini memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Sekiranya kita fikir ini orang hipokrit/munafik, kita memerlukan definisi baru.
Yang sesuai untuk orang jenis ini adalah ‘durjana’.

Seorang durjana dan hipokrit/munafik  kedua-duanya bertindak atas motif buruk, sambil berpura-pura mempunyai motif yang baik.

Tetapi si durjana tidak menyedari bahawa motif kepura-puraan beliau adalah lebih baik daripada yang sebenarnya dia ada.

Jadi adakah hipkorasi/munafik seakan sama dengan ciri tidak baik dan sejauh manakah tahap tidak baik tersebut?

Dalam keadaan tertentu, mungkinkah bersikap hipokrit adalah betul dilaksanakan terutama dalam kepimpinan dan politik?

Pertimbangkan dua pemimpin politik  yang berpura-pura mengambil berat  tentang nasib golongan yang memerlukan untuk memenangi undi.

Salah seorang daripada mereka menganggap adalah bodoh dan  tidak bermoral untuk mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan.

Mengikut kefahaman, pemimpin politik tersebut adalah seorang tidak jujur, penipu dan durjana tetapi beliau tidak hipokrit.

Pemimpin seorang lagi pulak turut tidak ambil kisah tentang golongan yang memerlukan namun katakanlah bahawa beliau fikir beliau akan menjadi lebih baik jika beliau berlakon mengambil berat.

Maka beliau adalah seorang hipokrit/munafik.  Tetapi saya lebih suka pemimpin yang sebelumnya, sekurang-kurangnya beliau mungkin berperasaan baik selepas kepura-puraan beliau meresap dalam jiwa dan nurani beliau.

Mungkin ada yang berpendapat tidak  tepat untuk orang kedua dipanggil ‘hipokrit/munafik’.
Ia kelihatan seperti beliau hanya tidak kuat semangat kehendak. Beliau mungkin berfikir dia sepatutnya peduli terhadap nasib orang yang memerlukan, dan dia juga ada berjuang sedikit sebanyak terhadap mereka , tetapi dia terlalu lemah atau mementingkan diri untuk melakukan apa-apa yang lebih.

Tetapi inilah perbezaan penting, usaha  perkhidmatan beliau kepada yang memerlukan adalah apa yang membuatnya hipokrit/munafik.

Jika usaha beliau hanya sekadar, beliau boleh berbuat lebih banyak usaha untuk membantu golongan yang memerlukan daripada yang sebenarnya.

Tetapi sebaliknya, dia berpura-pura melakukan sesuatu mengenainya, walhal dia sebenarnya tidak tahu apa pun.

Oleh itu, dia seorang hipokrit/munafik, dan seperti orang hipokrit/munafik yang lain, mereka adalah yang lemah dalam usaha mereka.

Adakah kepura-puraan atau ‘berlakon teater’ sesuatu yang baik bagi pemimpin dan  ahli politik?

Mungkin kita harus bersetuju bahawa menjadi hipokrit/munafik adalah lebih baik daripada menjadi durjana dan pendusta.

Pastinya, ia bukanlah sesuatu yang harus dipuji. Tetapi apakah ada cara untuk mengelakkannya dalam dunia pemimpinan dan politik?

Kejayaan dalam politik memerlukan lebih banyak undi daripada pihak lawan. Namun seorang hipokrit munafik selalu mempunyai kelebihan dalam usaha ini.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here